Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, July 3, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Pemegang kad UNHCR penagih dan cabul warga emas

by Team Kepochi
August 5, 2023
2 min read
10 0
0
Pemegang kad UNHCR penagih dan cabul warga emas

KUALA LUMPUR 21 JUNE 2016. The launch of the newly upgraded UNHCR card and card verification application at Jalan Bukit Petaling. NSTP/AZHAR RAMLI

Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang juga penagih dadah dicekup selepas perbuatan jijiknya mencabul seorang wanita warga emas di Jalan Bunga Tanjung, Ampang, pada Rabu lalu.

Perbuatan terkutuk lelaki tersebut berjaya dirakam oleh orang awam dan rakaman video insiden yang berdurasi 26 saat tular sejak semalam di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga suri rumah berusia 71 tahun pada hari sama.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

June 29, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengumpul kotak terpakai untuk dijual sekitar pukul 3.30 petang. Suspek secara tiba-tiba datang lalu meraba paha mangsa.

“Mangsa menegur perbuatan lelaki itu namun suspek masih melakukannya dan membuka seluar serta baju lalu memegang kemaluan sebelum menunjukkannya di hadapan mangsa,” jelasnya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Azam juga, suspek ditahan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian selepas mangsa menjerit meminta tolong.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah membuat tangkapan semula terhadap lelaki pemegang kad UNHCR berusia 23 tahun berkenaan.

“Suspek yang bekerja tukang sapu itu didapati positif dadah jenis ketamin,” tambahnya.

Katanya lagi, permohonan reman pertama terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula Selasa hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Kanak-kanak empat tahun rayu makanan rupanya didera

Next Post

Puasa Intermiten: Manfaat Kesihatan dan Cara Melaksanakannya

Next Post
Puasa Intermiten: Manfaat Kesihatan dan Cara Melaksanakannya

Puasa Intermiten: Manfaat Kesihatan dan Cara Melaksanakannya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker