Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, June 2, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Pelakon Veteran Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia

by Team Kepochi
December 22, 2023
2 min read
6 0
0
Pelakon Veteran Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada Universiti Multimedia (MMU).

Anugerah julung kali diperkenalkan MMU itu diberikan kepada Abdul Rasip bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya dalam bidang seni sinematik dan industri kreatif tanah air.

Abdul Rasip, 90, atau lebih mesra dipanggil “Pak Mat” berkata beliau merasa sangat terharu atas penghargaan yang diberikan kepadanya itu.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

May 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem seperti Mat Bond, Mat Magic, Mat Karong Guni, Mat Toyol dan Mat Tiga Suku itu, turut memberikan nasihat kepada generasi muda agar sentiasa berani untuk menyahut cabaran dalam memajukan diri.

“Kepada anak-anak muda, kalau hendak buat apa-apa, buat sahaja, asalkan ia bukan perkara yang salah atau negatif,” katanya.

Keadaan kesihatan figura yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo itu setakat ini adalah baik, namun pergerakannya agak terbatas disebabkan faktor usia.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata idea dan bakat serta kerja kreatif Abdul Rasip, telah mempengaruhi serta memberi impak signifikan kepada pertumbuhan seni dan kreativiti dalam masyarakat.

“Kegigihannya dalam menghasilkan teknik-teknik kesan khas produksi filem secara kreatif, berani dan berfikir di luar kotak kebiasaan mendahului zamannya, meskipun teknologi ketika itu amat terbatas.

“Walaupun anugerah ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan sumbangan besar beliau dalam dunia kreatif, MMU berharap ia akan menjadi inspirasi kepada masyarakat dan beliau akan terus menjadi ikon untuk diteladani oleh pengamal industri kreatif pada masa depan,” katanya.

— BERNAMA

Previous Post

ADAKAH MEMBACA SURAH AL-‘ASR DI AKHIR MAJLIS SEBAHAGIAN DARIPADA NAS?

Next Post

Dibunuh, ditanam di belakang rumah

Next Post
Dibunuh, ditanam di belakang rumah

Dibunuh, ditanam di belakang rumah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker