Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, June 14, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik, penyakit tibi bukan wabak dan masih terkawal-Dr. Zaliha

by Myra Hamdi
November 20, 2023
2 min read
6 0
0
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan tular mengenai jumlah kes wabak tibi di sekitar Kuala Lumpur yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penyakit tibi sentiasa ada di negara ini namun ia bukanlah wabak dan keadaannya masih terkawal.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, taburan penyakit itu hanya berlaku di Lembah Klang dan Bahagian Kesihatan Awam KKM sedang meneliti isu berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya berharap orang ramai tidak panik kerana penyakit tibi itu masih dalam kawalan.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

June 7, 2025
Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025

Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering satu penyakit yang melemahkan badan dan menjadi endemik di negara ini berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Ia menyerang bahagian berbeza pada tubuh badan. Paru-paru yang dirujuk sebagai tuberkulosis paru-paru (PTB) adalah organ paling biasa diserang.

Tuberkulosis ekstrapulmonari (EPTB) adalah istilah yang digunakan untuk mengkategorikan tibi apabila ia nyata di bahagian lain badan, termasuk nodus limfa, tulang (kebiasaannya tulang belakang) dan dalam kes yang jarang berlaku pada usus.

Mereka yang paling terdedah kepada jangkitan penyakit ini termasuk orang tua, yang rendah imuniti seperti pesakit kencing manis, menjalani terapi steroid kronik dan penghidap HIV.

Katanya, KKM turut menyarankan orang ramai yang mengalami batuk berpanjangan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

“Perkembangan penyakit tibi boleh dirujuk melalui aplikasi MySejahtera kerana KKM sudah merekodkan jumlah kes di kawasan masing-masing atau berdekatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob (WAAW) Peringkat Kebangsaan 2023 dan Pelancaran Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAp-AMR 2022- 2026) pada Sabtu lalu.

Dr Zaliha berkata, jumlah pesakit tibi akan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan, orang ramai tidak perlu bimbang kerana penyakit itu boleh dicegah melalui suntikan vaksin.

Previous Post

4 maut, 2 pesawat tentera terhempas di Indonesia

Next Post

Pelancaran Rangkaian Sistem Pembayaran Masa Nyata Rentas Sempadan antara Malaysia dengan Singapura

Next Post
Pelancaran Rangkaian Sistem Pembayaran Masa Nyata Rentas Sempadan antara Malaysia dengan Singapura

Pelancaran Rangkaian Sistem Pembayaran Masa Nyata Rentas Sempadan antara Malaysia dengan Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker