Industri halal memainkan peranan penting dalam ekonomi global dan mempunyai pelbagai kepentingan. Di Malaysia, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) memainkan peranan penting dalam memajukan industri halal.
Pentingnya industri halal ini, ianya dapat menggalakkan ekonomi tempatan. Melaluinya dapat ekonomi tempatan menjadi lebih maju dengan meningkatkan pengeluaran dan penjualan produk halal. Malah, ini juga membuka peluang pekerjaan dan memperkukuhkan ekosistem perniagaan tempatan.
Disamping itu, produk halal mendapat permintaan dari pelbagai pasaran global, bukan hanya dari komuniti Muslim. Ini meningkatkan eksport dan membantu negara-negara yang menghasilkan produk halal untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Oleh itu, MIHAS merupakan platform utama bagi pengeluar, pengeksport, dan peniaga produk halal untuk mempromosikan produk mereka di peringkat antarabangsa. Ini membantu meningkatkan penjualan produk halal Malaysia dan produk dari seluruh dunia.
Melalui MIHAS juga peluang untuk menjalinkan hubungan perniagaan antara pemain industri halal. Ini membantu meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan dalam industri halal.
Selain itu, konsep halal dengan menetapkan standard keselamatan makanan yang tinggi, menjadikan produk halal pilihan selamat untuk semua pengguna, tidak kira agama ini dapat dicapai melalui apa yang dipromosikan oleh MIHAS dalam pematuhan terhadap standard halal yang ketat, membantu menjaga integriti produk halal Malaysia dan menarik pelanggan yang prihatin dengan halal.
MIHAS juga memaparkan inovasi dalam industri halal, termasuk teknologi dan produk terkini. Ini mendorong perkembangan dalam industri dan membolehkan pemain industri untuk berinovasi.
Secara keseluruhannya, MIHAS memainkan peranan penting dalam memajukan industri halal Malaysia dan membantu mempromosikan produk halal di peringkat antarabangsa, dengan impak positif terhadap ekonomi negara dan kepentingan global dalam halal.