Baru-baru ini tular di laman sosial media iaitu Twitter bahawa seorang gadis menjadi mangsa dera ibu tirinya selama bertahun tahun. Kicauan tersebut mendapat ulangan 12.5k dan tanda suka sebanyak 33.1
Empunya diri yang menggunakan nama @rarahazel menulis di twitter beliau bahawa dia sering didera oleh ibu tirinya. Rarahazel menceritakan ketika dia berada di tingkatan dua, ibu tirinya memukul dan menghinanya kerana berpuasa tidak sampai 20 hari. Hal ini terjadi disebabkan oleh dia datang haid sebanyak dua kali dalam masa satu bulan. Dia juga memberitahu ketika didera oleh ibu tirinya, ayahnya seolah-olah tidak ambil tahu dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku. Dia turut dihalau dari rumah kerana kantoi berhubung dengan ibu kandungnya.
Dalam kicauannya dia menyatakan bahawa dia bersyukur dapat tinggal bersama ibu kandungnya kerana segala penderitaan berakhir.
Kicauan ini juga mendapat perhatian daripada netizen dan rata rata memberikan sokongan kepada rarahazel tetapi ada juga yang memberi kecaman seolah-olah ia sebuah cerita rekaan.
“Kepada yang tidak tahu, polymenorrhea (cycle <21days) or metrorrhagia/ireg menses do exist. Tak bermaksud diaorang saja2 nak tipu. So the next time, kalau kawan2 korang baru je dapat period, then period again, tak payah lah sibuk2 tanya. Advise them to seek help kalau worsen.” @DineishMurugaia
”Rara. Stay strong sayang.” @animdavila
“jadi apa rasionalnya cerita ini dibuka kepada orang awam?” @binjitt
“Macam dalam drama la kena dera dengan mak tiri, ni belakun ke betul2” @ahmadhafzann
Sumber: Twitter @RaraHazel