Selama bertahun-tahun perkara ini berlanjutan, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan memberitahu, Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi yang turut dinikmati golongan kaya.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kesilapan dasar ini perlu diperbetulkan dan perkara ini menurutnya sedang diperbetulkan oleh Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad menambah adalah tidak adil jika golongan kaya T20 menikmati subsidi yang lebih banyak berbanding rakyat miskin.
Menurut Ahmad lagi pelaksanaan mengenai subsidi secara bersasar akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan golongan T20 tidak terkejut.
Ahmad berkata demikian mengulas tindakan kerajaan menarik subsidi yang dinikmati T20.
Sumber: Sinar Harian
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official