Malaysia menjadi negara pertama yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di bangunan penginapan jemaah haji.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia, merasmikan ATM Alinma Bank di Abraj Janadriyyah, berkata, dengan adanya mesin ATM ini, ia bakal memberikan kemudahan kepada 8,000 orang jemaah haji Malaysia di bangunan itu dan lokasi sekitar.
Ulasnya lagi, perkhidmatan kali pertama disediakan hasil rundingan TH dengan Alinma Bank dan Saudi Central Bank itu bagi memudahkan jemaah haji membuat pengeluaran wang tanpa perlu berjalan jauh mencari mesin ATM di kawasan lain.
Tambahnya, TH akan meneruskan usaha bagi membolehkan perkhidmatan itu disediakan di bangunan-bangunan penginapan lain untuk kemudahan jemaah haji negara.
TH dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga telah bersetuju untuk setiap transaksi, fi ditanggung BIMB bagi semua jemaah haji Malaysia katanya lagi.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official