Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, July 3, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Lelaki maut ditembak di dalam kedai

by Myra Hamdi
June 15, 2023
2 min read
4 0
0
Lelaki maut ditembak di dalam kedai
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki maut ditembak sekurang-kurangnya dua das dalam kejadian kira-kira jam 1.35 tengahari, di sebuah premis aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian oleh seorang lelaki yang datang ke Balai Polis Sunway memberitahu terdapat lelaki ditembak di sebuah premis.

“Polis ke tempat kejadian dan mendapati lelaki terbabit terlantar dalam keadaan berdarah akibat kesan tembakan.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

June 29, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025

“Mangsa yang berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia apabila sampai di Hospital Serdang, “katanya. 

Tambanhya, hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki tiga lelaki masuk ke dalam premis dan dua daripadanya melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Forensik telah hadir ke tempat kejadian dan menemui dua kelongsong peluru, satu serpihan peluru, satu anak peluru, dua swab darah dan sepasang selipar di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah samun dan curi, “ujarnya.

Wan Azlan berkata, pihaknya kini sedang menyiasat pembabitan mangsa dalam kumpulan kongsi gelap.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Faizal Shaikh Ab Rahim di talian 019-7506606

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Penerima STR boleh mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan percuma di klinik swasta 

Next Post

Plaza tol NPE sudah mula pasang terminal kad debit & kredit

Next Post
Plaza tol NPE sudah mula pasang terminal kad debit & kredit

Plaza tol NPE sudah mula pasang terminal kad debit & kredit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker