Seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya tercampak jatuh daripada jejambat (flyover) di susur keluar Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Penunggang berkenaan dipercayai cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang melawan arus sebelum terbabas dan terjatuh ke bawah dalam video yang mula tular sejak tengah hari tadi.
Mangsa yang difahamkan menunggang motosikal jenis Ducati dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak jatuh dan terkena pagar di bahagian bawah jejambat disini, tadi.
Dimaklumkan mangsa adalah Ahmad Fadzil Omar Azaddin. Warga Kepochi mengucapkan takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan keluarga mangsa diberi kekuatan atas kehilangannya.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official