Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Kereta mengundur tiba-tiba, kanak-kanak dirempuh ke dalam kedai

by Myra Hamdi
September 7, 2023
2 min read
14 0
0
Kereta mengundur tiba-tiba, kanak-kanak dirempuh ke dalam kedai
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang kanak-kanak perempuan dirempuh sebuah kereta ketika bermain di kaki lima sebuah pasar raya dekat Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor pada petang Selasa.

Dalam satu insiden yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan kenderaan tersebut sedang cuba memasuki sebuah ruangan parkir di kawasan berkenaan.

Namun secara tiba-tiba, kereta terbabit kemudiannya terus bergerak laju dan sekali gus merempuh kanak-kanak itu hingga tersepit di dinding premis tersebut.

RELATED STORIES

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

April 26, 2025
10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

April 26, 2025

Tersentak dengan kejadian itu, orang ramai tampil memberikan bantuan dan cuba menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Seorang wanita berbaju kelabu dipercayai ibu mangsa dilihat berlari sambil menjerit pertolongan akibat cemas dengan perlanggaran tersebut sebelum si pemandu yang merupakan seorang lelaki, turut membantu orang ramai dalam kejadian itu.

Sementara itu, seorang wanita di bahagian penumpang bahagian belakang pula kemudiannya cuba mengalihkan kenderaan tersebut namun enjin kereta terbabit dipercayai mati dan gagal dihidupkan olehnya.

Dalam pada itu, berdasarkan komen di media sosial, kanak-kanak perempuan terbabit hanya mengalami cedera ringan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Budxkjxmpi mendakwa, keluarga mangsa juga telah bertemu si pemandu dan satu laporan polis sudah dibuat berhubung kemalangan terbabit.

Ketika disoal keadaan mangsa dan punca kejadian, individu terbabit menjelaskan bahawa si pemandu terlupa untuk menukar gear dan tertekan pedal minyak sebaik keluar dari kenderaan tersebut.

“Pemandu kata dia dah tarik brek tangan, tapi nak keluar kereta dia tak perasan gear masih dalam keadaan mengundur sebab dia parkir undur.

“Masa nak keluar dia tertekan pedal minyak dan gagal mengawal kelajuan, tetapi keluarga mangsa dah berdamai cara baik dan budak itu cuma luka sikit sahaja,” katanya di ruangan komen.

Seorang wanita dipercayai ibu saudara kepada salah seorang kanak-kanak itu pula menjelaskan, tiada kecederaan parah berlaku dalam kejadian tersebut.

“Ini kedai abang saya dekat Puncak Alam, budak lelaki itu anak saudara saya dan budak perempuan itu kawan dia, tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Kanak-kanak perempuan itu dirawat di hospital sekarang, situasi dia tak tahu lagi tapi berdasarkan rakaman CCTV nampak dia selamat.

“Mangsa dah jalani pemeriksaan imbasan (CT Scan) dan semuanya selamat, cuma ada kesan lebam di kaki dan luka sebab terkena kaca pintu,” ujar atykahsyazwanii.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Previous Post

Sejarah mengenai ‘Crocodiles Hunter’

Next Post

Pukul warga emas dan tunggang motosikal secara gopoh, lelaki dipenjara enam bulan

Next Post
Pukul warga emas dan tunggang motosikal secara gopoh, lelaki dipenjara enam bulan

Pukul warga emas dan tunggang motosikal secara gopoh, lelaki dipenjara enam bulan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker