Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, June 21, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kenali Virus Hepatitis A, B, C, D atau E.

by Myra Hamdi
September 18, 2023
3 min read
7 0
0
Kenali Virus Hepatitis A, B, C, D atau E.

Hepatitis virus with human liver. 3d illustration

Share on FacebookShare on Twitter

Keradangan hati yang disebabkan oleh penyakit Hepatitis boleh menyebabkan kerosakan hati dan seterusnya boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dicegah atau dirawati.

Hepatitis adalah penyakit keradangan hati yang lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus (viralHepatitis) iaitu Virus Hepatitis A, B, C, D atau E.

Virus Hepatitis A dan E biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan tidak membawa kepada penyakit yang kronik manakala virus Hepatitis B, C dan D berjangkit melalui darah atau cecair badan.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

June 7, 2025
Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025

Hepatitis B dan C boleh membawa kepada penyakit kronik yang merupakan punca utama kepada sirosis atau part hati (Liver Cirrhosis) dan kanser.

Setiap hari, dianggarkan 8,000 jangkitan baru Hepatitis B dan C dan kebanyakan orang yang dijangkiti tidak sedar mereka telah dijangkiti.

Golongan Berisiko Mendapat Jangkitan Hepatitis B Atau C

  1. Mempunyai hubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti virus Hepatitis B atau C
  2. Bayi dalam kandungan kepada ibu yang dijangkiti Hepatitis B atau C
  3. Berkongsi peralatan tercemar dengan virus
  4. Hepatitis B atav C seperti jarum suntikan, alatan tatu, pisau cukur dan sebagainya
  5. Individu yang menerima produk darah yang tercemar dengan virus Hepatitis B atau C sebelum tahun 1995

Cara Pencegahan

Hepatitis B boleh dicegah melalui pengambilan vaksin hepatitis B yang diberikan kepada kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Hepatitis C pula bole dirawat sepenuhnya dengan menggunakan ubat antivirus atau Direct-Acting Anti Viral Agent (DAA) yang sangat berkesan, lebih mudah, murah dan cepat serta boleh diakses di fasiliti-fasiliti kesihatan.

Bolehkah penyakit hepatitis dirawat? 

Buat masa sekarang, tidak ada sebarang rawatan untuk jangkitan hepatitis A.

Oleh sebab itu, pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu banyak berehat, minum air dan mendapatkan nutrisi yang mencukupi.

Anda boleh mendapatkan vaksinasi untuk hepatitis A. Malah, vaksinasi amat digalakkan untuk semua kanak-kanak yang berusia 12-32 bulan.

Selain vaksinasi, penjagaan kebersihan diri juga penting untuk mencegah hepatitis A. Pastikan anda sentiasa membasuh tangan selepas ke tandas dan basuh makanan sebelum masak.

Sama seperti hepatitis A, rawatan untuk hepatitis B juga lebih kurang sama. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, doktor mungkin akan memberikan ubat antiviral untuk mencegah kegagalan hati.

Ubat-ubatan ini amat efektif namun tidak dapat menyembuhkan hepatitis B yang kronik. Oleh sebab itu, pesakit perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat.

Jangkitan hepatitis B boleh dielakkan dengan cara menjauhkan diri daripada aktiviti tidak sihat seperti seks yang tidak selamat dan pengambilan dadah. Vaksinasi juga boleh didapati untuk mengelakkan jangkitan hepatitis B.

Hepatitis C pula merupkan satu-satunya jangkitan kronik yang boleh dirawat, semuanya disebabkan kemajuan dalam bidang perubatan. Pada tahun 1990, kadar kesembuhan untuk hepatitis hanyalah di sekitar 7%.

Kini, hampir 95% penghidap hepatitis C boleh sembuh. Rawatan mungkin mengambil masa 12 hingga 24 minggu. Ubat-ubatannya pula tidak mempunyai kesan sampingan yang teruk.

Walau bagaimanapun, tidak ada vaksin yang boleh diambil untuk penyakit hepatitis C. Sama seperti penyakit hepatitis B, hepatitis C boleh dielakkan jika anda tidak melakukan aktiviti yang berisiko seperti penyalahgunaan dadah.

Antara simptom yang mungkin pesakit alami ialah demam, keletihan, hilang selera makan, loya, muntah-muntah, sakit perut, urin yang berwarna gelap, tinja berwarna kelabu, sakit sendi dan juga jaundis.

Lebih teruk lagi, hepatitis yang kronik tidak mempunyai sebarang simptom dan hanya boleh dikenal pasti setelah pesakit mengalami jangkitan yang serius.

Oleh itu, pastikan kebersihan diri dijaga dan ambil vaksin untuk mencegah hepatitis. Fahami juga risiko hepatitis di tempat kerja supaya sebarang jangkitan dapat dielakkan.

Sumber : Hello Doktor

Previous Post

Koko alternatif semulajadi fluorida dalam ubat gigi

Next Post

Lelaki maut ditembak di hadapan kedai

Next Post
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai

Lelaki maut ditembak di hadapan kedai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker