Masjid adalah tempat golongan muslim menunaikan ibadat kepada Maha Pencipta. Jadi, kalau baca tajuk korang mesti tak percaya ada kejadian tendang dan tampar dalam kalangan jemaah.
Yelah, takkanlah dalam masjid ada orang nak bertindak ikut perasaan sampai naik kaki dan tangan. Lebih-lebih lagi baru saja selepas menunaikan ibadah solat. Hati mestilah dalam keadaan tenang, betul tak?
Jemaah naik angin!
Malangnya, tidak semua jemaah dapat mengawal perasaan amarah walaupun baru saja usai solat. Buktinya satu pita rakaman kamera litar tertutup berjaya merakam satu pergaduhan yang berlaku di dalam masjid selepas selesai saja solat berjemaah.
Kejadian tersebut tercetus apabila seorang jemaah lelaki terpijak kaki jemaah dihadapannya ketika ingin berjalan untuk menyimpan sejadah. Habis kena tendang dan tampar brother tu, kesian tengoknya….
Jom lihat rakaman berikut untuk lihat kejadian lebih terperinci.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1299000702891470854
Aduhai! Harap tak ada kecederaan teruk berlaku hm, kenapalah brother baju merah tu tak boleh nak maafkan saja jemaah baju putih tu? Bukan disengajakan. Rasa rugi sangat ke kalau maafkan kesalahan kecil orang lain?
Ingatlah guys! Bila membuat sesuatu perkara yang baik, kita akan dapat merasa kemanisan iman sekaligus menjadikan kita seorang yang penyabar dan menghasilkan penampilan diri yang tenang serta mendapat ketenangan dalaman.
Sumber: twitter