Baru-baru ini tular di media sosial Twitter apabila seorang pengguna Twitter iaitu @AddaRamdzi memuatnaik satu komen di facebook seorang suami mengadu bahawa isterinya semakin gemuk dan malu keluar berjalan bersama-sama. Apabila disuruh untuk berhias diri malah si isteri tidak peduli permintaan daripada sang suami. Hal ini menyebabkan netizen meninggalkan komen pada status lelaki tersebut.
Komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook Bintang Biru mendapat maklum balas yang hangat daripada netizen. Rata-rata wanita tidak bersetuju dengan komen tersebut tidak kurang juga dengan kaum lelaki yang turut membantah terhadap komen itu.
Penampilan si isteri sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sering menjadi isu perdebatan di luar sana. Walaubagaimanapun si suami seharusnya menerima dengan seikhlas hati sebagaimana kita menerima si dia sebelum melangsungkan ikatan pernikahan.
Sumber : Twitter AddaRamzi