Kami bawa resepi kek buah yang sememangnya mempunyai memori yang tersendiri.
Kebiasaannya kek buah ini boleh menjadi kegemaran mak atau ayah kita di kampung. Jadi disini kami kongsikan resepi kek buah legend. Mudah dan sedap pasti dapat menangkap selera tak kira tua muda.
Resepi kek buah legend ini telah dikongsikan oleh Puan Azlina Ina dan mendapat perkongsian sebanyak 5 ribu serta 7 ribu tanda suka di facebook. jom kita lihat apa bahan yang diperlukan dan bagaimana cara-cara untuk membuat kek legend ini.
RESEPI Kek Buah Legend
Bahan-bahan
- 2 cawan marjerin
- 1 cawan ½ gula tetapi jika anda ingin kurangkan manis boleh letak 1 cawan sahaja mengikut citarasa masing-masing
- 1 sudu besar esen vanilla
- 3 cawan ½ tepung gandum
- ½ sudu besar baking powder
- ½ cawan susu tepung
- ¼ cawan tepung jagung
- 3 sudu besar susu pekat (optional)
- Telur gred B 5 biji
- Buah kering 2 cawan
Cara-cara
- Mix marjerin, 1 cawan ½ gula, 1 sudu besar esen vanilla, 3 sudu besar susu pekat sehingga gebu.
- Sebelum menggunakan buah kering, jangan lupa basuh dan keringkan terlebih dahulu untuk elakkan buah menjadi berat.
- Ayakkan tepung gandum, baking powder, susu tepung dan tepung jagung. Bila dah siap ayak ambik satu senduk dan masukkan ke dalam buah kering dan gaul. Biarkan seketika.
- Seterusnya jangan lupa masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan mix sehingga kembang elok.
- Matikan mixer dan masukkan tepung yang diayak sampai habis.
- Letakkan 1 sudu besar sunquick atau perisa lemon dan gaul rata (pilihan jika anda tidak mahu letak apa-apa perisa tidak perlu letak).
- Masukkan buah kering yang telah digaul dengan tepung dan bagi sebati.
- Akhir sekali, tuangkan adunan pada Loyang 9×9 yang telah disapu marjerin atau anda boleh letak baking paper. Untuk hiasan pada kek, anda boleh taburkan buah ceri di atas kek. Set suhu 170c dan bakar selama 1 jam api atas bawah bergantung pada oven masing-masing.
OK Siap, boleh dijadikan sebagai hadiah untuk kawan dan saudara. Sesuai juga untuk jamuan pun sesuai.
Sumber: Azlina Ina Fans