Kalau Ada Kucing Kena Virus Parvo, Boleh Bagi Rumput Pendul!

Eqa ZackInfo5 years ago63 Views

Anugerah alam di sekeliling kita memang banyak kegunaannya. Macam petua kali ini, guna rumput pun boleh. Mana tahu berkesan. Jom teruskan pembacaan anda!

Pernah viral

Pernah tular sebelum ini mengenai rumput pendul, kini ianya tular kembali berikutan terlalu banyak kes virus Parvo yang menjangkiti kucing dan orang ramai mencari alternatif lain bagi mengubati penyakit ini.

Selain dikenali dengan nama rumput pendul, rumput ini juga dipanggil rumput kepala lalat atau rumput mata lalat. Ada juga yang memanggil rumput ini dengan nama pokok helikopter. Manakala nama saintifiknya ialah Kyllinga Brevifolia.

Rumput pendul tumbuh meliar di kebanyakan kawasan. Ia mudah ditemukan di kawasan tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau tempat lapang yang terbiar. Ia tumbuh dalam bentuk serumpun. Rumput pendul juga tidak akan tumbuh di celah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.

Daun rumput pendul mempunyai tiga cabang sahaja dan bunganya berwarna putih

Kalau ada kucing yang sakit parvo, selesema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni kepada kucing tersebut. Kucing yang hilang selera makan juga boleh diberikan air rebusan rumput ni.

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN:

1️⃣ Cabut rumput ini bersama akarnya.

2️⃣ Bersihkan tanah dari akar dan daun.

3️⃣ Patahkan sedikit demi sedikit. Masukkan daun, batang dan akar ke dalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar kerana khasiatnya akan hilang.

4️⃣ Apabila kandungan air sudah menjadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.

5️⃣ Apabila sudah sejuk, bagi 10ml hingga 20ml air rebusan kepada kucing yang sakit waktu pagi dan malam.

Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi tidak boleh lebih dari dua minggu. Takut hilang pula  khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat 🙂

 

Kredit: Boby Cat Shop

***Jika petua sudah dicuba namun belum menampakkan kesan, bolehlah dibawa kucing itu untuk pemeriksaan oleh doktor veterinar bagi mengetahui masalah si comel dengan lebih lanjut.

– Kalau Ada Kucing Kena Virus Parvo, Boleh Bagi Rumput Pendul!

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Previous Post

Next Post

Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...