Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia ketika pendakian pada Jumaat lalu dijangka tiba di tanah air pada Jumaat ini.
Beliau meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata jenazah berjaya dibawa turun ke Everest Base Camp dan akan dibawa ke hospital di Kathmandu, Nepal.
Tambahnya lagi, jenazah kemudian akan diterbangkan ke Malaysia dan seterusnya pulang ke Sabah bagi memenuhi permintaan keluarganya supaya Allahyarham dikebumikan dikampungnya.
Media tempatan Nepal melaporkan Allahyarham adalah warga asing ke sembilan meninggal dunia bagi musim pendakian tahun ini termasuk malim gunung.
Sumber : Berita Harian
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official