Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Tuesday, June 3, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan

by Myra Hamdi
March 12, 2024
2 min read
9 0
0
Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang merasmikan jajaran itu berkata, ia akan dibuka kepada semua kenderaan mulai jam 12.01 pagi Selasa.

Menurutnya, sempena pembukaan itu, pihak konsesi bersetuju menawarkan tol percuma bagi kedua-dua arah jajaran berkenaan selama dua bulan, sehingga 11 Mei depan. “Kali ini lain daripada tempat-tempat lain… tempat lain kita bagi sebulan atau sebulan lebih sikit.

RELATED STORIES

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

May 26, 2025
KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

May 26, 2025

“Tol percuma kali ini yang panjang sehingga dua bulan kerana bulan pertama ini bulan Ramadan.

“Lepas itu kita meraikan Aidilfitri yang juga kira-kira sebulan. Jadi biarlah betul-betul dua bulan dari (tarikh) kita buka malam ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas WCE di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dan Pengarah Urusan West Coast Expressway, Lyndon Alfred Felix.

Pembukaan jajaran Seksyen 11 itu yang menelan belanja RM420 juta dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang akan mengambil masa 20 minit, berbanding 55 minit mengikut laluan biasa.

Lebuhraya WCE yang keseluruhannya bernilai RM5 bilion merupakan lebuh raya antara bandar, menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer.

Dalam pada itu, Alexander memberitahu, perjanjian konsesi Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sepanjang 60 kilometer akan ditandatangani pertengahan tahun ini.

Pembinaan WISE akan menjadi pelengkap kepada jajaran lebuh raya di Perak yang sering berdepan kesesakan teruk, terutama di laluan berhampiran Terowong Menora.

-AWANI

Previous Post

Syaitan Diikat Sepanjang Ramadan, Mitos atau Sahih?

Next Post

Aditif Makanan, Selamat atau Tidak?

Next Post
Aditif Makanan, Selamat atau Tidak?

Aditif Makanan, Selamat atau Tidak?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker