Filem Imam adaptasi dari naskah Sasterawan Negara Abdullah Hussain dan diarahkan oleh Mior Hashim Manap bakal ditayangkan di Nurflix.
Dibintangi antaranya oleh M. Nasir, Faizal Hussien dan Vanidah Imran.
Filem yang mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri.
Imam Haji Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama.
Nurflix adalah platform penstriman video yang memfokuskan kandungan islamik. Ia adalah produk dari Sutera Hijau Ventures dan menawarakn kandungan yang mematuhi syariah.
Seperti Apple TV+ dan Netflix, Nurflix turut ingin memfokuskan sepenuhnya kepada kandungan asli dan eksklusif.
Platform Nurflix juga dilaporkan menghabiskan RM40 juta untuk 12 siri pertama di platform ini.
Selain itu, Platform penstriman video dengan kandungan Islamik, Nurflix bakal bekerjasama dengan syarikat penerbitan luar negara dengan anggaran lebih 1,000 kandungan antaranya dari negara United Kingdom, Mesir, Qatar, Turki dan Indonesia.
Sebagai salah satu usaha kita untuk menyokong Palestin, marilah kita bertukar kepada melanggan platform penstriman video yang lebih baik dari menyokong platform yang menyokong Israel.
Disamping berhibur, kita juga dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih lagi.