Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Tuesday, June 3, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

HARIMAU BENGAL PUTIH DIBERI CUKUP MAKAN, IKUT DIET DISARANKAN PERHILITAN

by Team Kepochi
January 9, 2024
2 min read
6 0
0
HARIMAU BENGAL PUTIH DIBERI CUKUP MAKAN, IKUT DIET DISARANKAN PERHILITAN
Share on FacebookShare on Twitter

Harimau bengal putih yang berada di bawah jagaan Zoo Melaka di sini diberi makanan yang cukup serta mengikut diet disarankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata bagaimanapun harimau berkenaan yang diberi nama Elsa mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan kerana ia dibiakkan di dalam keluarga yang sama.

“Kami menerima Elsa pada 2019 dengan berat badannya sekitar 50 kilogram (kg) dan berjaya ditingkatkan kepada 70 kg ketika ini. Menjaga Elsa seperti jaga bayi kecil kerana ia mempunyai masalah kesihatan sejak lahir seperti ada masalah tulang punggung, tulang belakang serta rahang.

RELATED STORIES

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

May 26, 2025
KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

May 26, 2025

“(Elsa) nak makan susahlah sebenarnya…Bila kita tahu dia ada masalah pada kesihatan, masalah pemakanan pun susah, dia jadi macam nak kena jaga bayi kecil, makan nak kena bersuap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berikutan itu doktor veterinar yang ditugaskan menjaga Elsa mengaturkan diet dan rutin baharu bagi haiwan berkenaan agar ia mampu hidup berdikari.

Sapiah berkata ketika ini Elsa perlu makan dengan sendiri dan hanya disuap oleh penjaganya apabila diperlukan sahaja selain turut dilepaskan di kandang terbuka bagi membantu proses pemulihannya.

“Alhamdulillah Elsa dah boleh belajar makan sendiri walaupun dia hanya makan 80 peratus daripada jumlah makanan yang diberikan iaitu 5kg ayam setiap hari.    

“Kalau harimau sihat dia akan makan 5 ke 7 kg (daging) tapi dia makan 3 ke 4 kg sehari. Jika ini berlaku penjaganya akan bantu Elsa makan dengan menyuap harimau tersebut. Berat ideal bagi Elsa yang kini berumur 7 tahun adalah sekitar 100kg,” katanya.

Justeru Sapiah menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa zoo berkenaan tidak mengambil berat dan mengabaikan kesihatan serta  aspek pemakanan haiwan di pusat konservasi tersebut.

Katanya pengurusan Zoo Melaka akan meletakkan papan tanda di kandang harimau terbabit memaklumkan haiwan berkenaan mempunyai masalah kesihatan agar pengunjung lebih memahami keadaan Elsa selepas ini.

Sebelum ini tular sebuah video di lama sosial TikTok yang mendakwa harimau bengal putih tersebut terlalu kurus kerana tidak diberi makan dan pengendali akaun meminta agar ia dilepaskan di habitat asal.

— BERNAMA

Previous Post

Kota Tinggi Banjir Teruk Selepas 15 Tahun

Next Post

Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus – KPN

Next Post
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus – KPN

Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker