Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, June 30, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Geng Subuh Macam Jumaat, Alif Satar Terima Trofi Anugerah Khas KNKV

by Myra Hamdi
February 13, 2024
3 min read
6 0
0
Geng Subuh Macam Jumaat, Alif Satar Terima Trofi Anugerah Khas KNKV
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini fenomena Geng Subuh Macam Jumaat yang dimulakan oleh pelakon dan penyanyi Alif Satar tersebar secara meluas, malah turut mendapat sambutan yang luar biasa disetiap negeri. 

Malah ianya bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi kempen tersebut turut disahut oleh masyarakat Islam di luar negara seperti Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Dubai malah Korea Selatan.

Siapa sangka, fenomena yang digerakkan oleh penyayi terkenal Alif Satar, 34 akhirnya mendapat pengiktirafan.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

May 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

Penganjur KNKV Viral Award 2024 menamakan Alif, sebagai penerima trofi anugerah khas pilihan juri iaitu KNKV Laureate Influencer Award 2024.

Trofi itu secara tidak langsung mengiktiraf usaha dan komitmen Alif dalam memupuk kesedaran serta penyatuan umaah dalam mengimarahkan masjid untuk solat subuh. 

Disamping itu, penganjur KNKV Viral Award 2024 turut memberikan trofi anugerah khas kepada tiga lagi figura yang banyak mencipta kejayaan dalam industri hiburan tempatan.

Bagi KNKV Laureate Film Director Award 2024, penganjur menganugerahkan kepada penerbit dan pengarah filem Adrian Teh atas kejayaannya menerusi filem Malbatt: Misi Bakara.

Filem berkenaan berjaya mengaut kutipan sebanyak RM34 juta sejak ia ditayangkan pada Ogos 2023. 

Manakala bagi Trofi KNKV Viral Laureate Film Influencer Award 2024 pula menjadi milik vloger Zhafvlog yang merupakan seorang pempengaruh yang popular dengan kritikan serta ulasan mengenai filem di media sosial ini menjadi penanda aras untuk menarik penonton ke panggung wayang.

Zhafvlog

Dalam pada itu, nama pempengaruh media sosial iaitu Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank, 28, juga turut menerima trofi KNKV Viral Laureate Content Creator Award 2024.

Kreativiti Sofyank sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, penciptaan kandungan digital luar biasa telah benar-benar melonjakkan nama Malaysia menjadi perhatian global dengan mempamerkan koleksi video yang disunting dengan kesan khas.

Sofyank bersama idolanya Zach King ketika memenangi
Ultimate VFX Challenge di Los Angeles

KNKV Viral Award 2024, sebuah majlis anugerah pengiktirafan kepada pempengaruh, pencipta Kandungan, platform tular dan saluran tular terulung di Malaysia. 

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Malam anugerah KNKV Viral Award 2024 ini dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM, dianiurkan bersama KNKV Studios dan Eventopedia.

Maklumat lanjut berkenaan kategori dan calon-calon yang dipertandingkan boleh didapati di laman web rasmi KNKV Viral Award.

Anugerah KNKV Viral Award 2024 bakal berlangsung pada 20 Februari depan di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Previous Post

KKM lulus vaksin Qdenga untuk demam denggi

Next Post

Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024

Next Post
Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024

Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker