Seperti semua orang tahu, pendakwah bebas, Ebit Lew sangat aktif ke sana ke mari dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara tidak kira bangsa dan agama.
Jika mampu, dia mengislamkan individu bukan beragama Islam. Buktinya, baru-baru ini beliau berjaya mengislamkan serama 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah.
Susulan itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kagum dengan usaha pendakwah popular Ustaz Ebit Lew dengan memberi hadiah sejumlah RM200 ribu serta menaja semua ahli Ebit Lew menunaikan umrah.
Perkara ini dikongsi sendiri menerusi posting akaun facebook miliknya. Menurutnya, dia terasa kagum bila dapat melihat akhlak dan sifat Tunku yang sangat baik.
“Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan,” tulisnya.
Malah, beliau turut rasa terharu dan malu kerana dilayan seperti kawan walaupun dirinya hanya orang biasa. Berikut adalah coretan penuh dari Ebit Lew.
Semoga usaha mereka berdua ini diberkati Allah dan akan lebih ramai menjadikan contoh untuk banyakkan bersedekah pada mereka yang lebih memerlukan.
Sumber: twitter