Kalau masa cuti-cuti sekolah ni tak tahu nak kemana, bolehlah datang ke Zoo Melaka. Apa yang menarik di Zoo Melaka? Hah, kalau anda ke Zoo Melaka anda akan dibawa ke alam pengembaraan jutaan tahun lalu dan menemui haiwan prasejarah yang menakjubkan di Dinosaur Encounter!
Ya betul, Dinosaur memenuhi Dinosaur Encounter, taman dinosaur interaktif yang sangat menarik, dinosaur hidup di Zoo Melaka! Lengkap dengan pergerakan, audio dan suasana zaman prasejarah!
Inilah 5 Fakta Menarik Dinosaur Encounter Zoo Melaka!
- Dinosaur Encounter Zoo Melaka ini, merupakan taman dinosaur interaktif terbesar di Asia Tenggara. Menampilkan 100 spesies replika dinosaur bersaiz sebenar! Pengalaman ke sini seolah-olah kembali ke alam hidupan dinasaur! Bukan sahaja dapat menarik minat anak—anak, tetapi ibu bapa juga pasti teruja.
- Anda akan dibawa ke zaman pra sejarah sebab dinosaur di Dinosaur Encounter ni bersaiz sebenar dan agak realistik. Dinosaur Encounter ini terletak di taman hutan seluas 5 ekar di Zoo Melaka, jadi dinosaur sini Velociraptor, Triceratops dan T-Rex kelihatan real seolah merayau-rayau di sini. Rasai sendiri pengalaman dikelilingi oleh 100 spesies dinosaur. Adakah anda akan mengenali mereka?
- Dinosaur Encounter menyediakan laluan pejalan kaki sesuai untuk keluarga yang mempunyai kereta sorong. Terdapat pelbagai replika dinosaur robotik / animatronik yang boleh ditemui di sepanjang laluan pejalan kaki tersebut. Jangan lupa tengok juga haiwan purba yang berada di Dinosaur Encounter. Anda dapat lihat sendiri depan mata secara dekat haiwan purba yang hidup semasa Zaman Ais. Makhluk yang paling dekat dengan haiwan-haiwan yang ada sekarang.
- Jangan lepaskan peluang untuk bertemu Mr. T (T-Rex) dan Mr. V (Velociraptor) di Dinosaur Encounter. Persembahan ini menjadikan pengalaman anak-anak anda sangat berharga yang tidak dapat dilupakan dengan bertemu dinosaur kegemaran mereka. Jika anda tak suka panas-panas, anda boleh datang pada waktu malam, dan saksikan dinosaur di bawah lampu yang berwarna-warni.
- Tiket Masuk: RM31 untuk kanak-kanak dan RM38 setiap orang dewasa – bayaran ini sekali untuk Zoo Melaka Siang & Malam Zoo termasuk Dinosaur Encounter dan sesi memberi makan haiwan. Sangat berbaloi sebab selain dapat belajar spesis dinosaur, ada juga tarikan lain seperti Galeri Fosil, Photobooth, Kedai Barangan Cenderahati, VR Games, Dinosaur Ride dan juga lain-lain permainan lagi. Anda boleh juga ke Dino Cafe untuk keluarga berehat minum sambil melayan anak-anak.
Info lanjut boleh layari : https://www.dinosaurencounter.com.my/
Alamat: Zoo Melaka, 200, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Waktu buka : Dibuka setiap hari; 9AM-6PM
(Zoo Malam): Jum-Sab; 7.30PM-11.30PM
Kredit Foto : FB Dinosaur Encounter & Zoo Melaka
*Selain di Zoo Melaka, Dinosaur Encounter juga ada di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur & Zoo Teruntum, Kuantan Pahang.