Perselisihan faham antara dua beradik menemui pengakhiran yang tragis apabila seorang daripada mereka mati dipercayai dibunuh di Sungai Choh, Rawang, semalam.
Difahamkan berlaku pergelutan antara mereka sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Mayat mangsa dikatakan ditanam di belakang rumah mereka bagi menyembunyikan kejadian itu daripada pihak berkuasa.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan akan memberi maklumat lanjut dalam masa terdekat.