Tahniah kepada Datuk Jamal Abdillah dan Syamel serta Ernie Zakri kerana telah menyambut kelahiran anak mereka pada tarikh yang cantik 22 Februari 2022.
Syamel dan Ernie menyambut kelahiran anak sulong mereka setelah melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac tahun lalu.
Ernie dalam hantaran di instagramnya mengumumkan dia selamat melahirkan pada jam 10.14 pagi semalam.
Syamel sebelum ini pernah mengumumkan mereka bakal menimang anak lelaki.
Manakala, Jamal dalam hantaran di instagramnya pula mengumumkan dia baru menimang anak lelakinya di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Ini merupakan anak keenam bagi penyanyi yang berusia 62 tahun. Terdahulu Jamal dikurniakan empat anak lelaki dan seorang anak perempuan.