Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Tuesday, June 3, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Cukai SST naik 2 peratus berkuat kuasa hari ini, apa yang kita perlu tahu…

by Team Kepochi
March 1, 2024
7 min read
7 0
0
Cukai SST naik 2 peratus berkuat kuasa hari ini, apa yang kita perlu tahu…
Share on FacebookShare on Twitter

Berikut ini adalah soalan lazim berkenaan peluasan skop perkhidmatan bercukai dan perubahan kadar cukai perkhidmatan yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

1. Apakah itu cukai perkhidmatan?

Cukai perkhidmatan (CP) adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu (prescribed services). Cukai perkhidmatan juga dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport (B2B) dan perkhidmatan digital (B2C).

RELATED STORIES

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

May 26, 2025
Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

May 26, 2025

2. Apakah perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan?

i. CP dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang disenarai berdasarkan kepada sembilan kumpulan dalam Jadual Pertama, Peraturan peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dengan kadar semasa bermula 1 September 2018 seperti berikut:

Kumpulan A: Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan: 6 peratus

Kumpulan B: Restoran, bar atau kedai kopi: 6 peratus

Kumpulan C: Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urut: 6 peratus

Kumpulan D: Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas: 6 peratus

Kumpulan E: Padang golf atau lapang sasar golf: 6 peratus

Kumpulan F: Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib: 6 peratus

Kumpulan G: Profesional: 6 peratus

• Perundangan

• Perakaunan

• Penilaian/ Penaksiran

• Kejuruteraan, Seni bina

• Perundingan, latihan & tunjuk ajar

• Teknologi maklumat (IT)/ Digital

• Perkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan)

• Perkhidmatan pekerjaan

• Perkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)

Kumpulan H: Perkhidmatan kad kredit, atau kad caj: RM25/setahun

Kumpulan I: Penyedia Perkhidmatan Lain: 6 peratus

• Insurans & takaful

• Telekomunikasi

• Agen Kastam

• Penyedia ruang letak kenderaan

• Servis kenderaan bermotor

• Perkhidmatan kurier

• Perkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaran

• Pengiklanan

• Bekalan elektrik domestik >600kWh

• Pengangkutan penumpang udara tempatan kecuali Rural Air Services (RAS)

• Pembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan)

• Pembersihan

ii. CP juga dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport bermula 1 Januari 2019 dan perkhidmatan digital (service tax on digital services – SToDS) bermula 1 Januari 2020.

3. Apakah perkhidmatan baharu yang akan dikenakan cukai perkhidmatan?

Perkhidmatan baharu adalah seperti berikut:

a. Perkhidmatan pusat karaoke di bawah Kumpulan C;

b. Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah di bawah Kumpulan I

c. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.

d. Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G

4. Berapakah kadar cukai baharu cukai perkhidmatan yang dicadangkan dalam Belanjawan 2024?

i. Semua perkhidmatan bercukai dikenakan kadar cukai baharu iaitu lapan peratus kecuali untuk perkhidmatan berikut:

a. Perkhidmatan penyediaan makanan atau minuman di bawah Kumpulan B; 

b. Perkhidmatan telekomunikasi di bawah Kumpulan I; 

c. Perkhidmatan penyediaan ruang parkir kenderaan di bawah Kumpulan I; dan

d. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J

ii. Kadar CP ke atas perkhidmatan di bawah Kumpulan B iaitu makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan serta perkhidmatan logistik kekal dikenakan kadar cukai enam peratus.

iii. Kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj kekal dikenakan pada RM25/setahun.

5. Ringkasan peluasan skop perkhidmatan bercukai berkuat kuasa pada 26 Februari 2024 dan tarikh kuat kuasa kadar cukai adalah pada 1 Mac 2024.

6. Bilakah tarikh kuat kuasa pelaksanaan peluasan skop dan kenaan kadar cukai baharu?

i. Tarikh kuat kuasa pelaksanaan peluasan skop: 26 Februari 2024

ii. Tarikh kuat kuasa kadar cukai baharu : 1 Mac 2024

7. Apakah nilai ambang (threshold) yang ditetapkan?

i. Bagi tujuan pendaftaran, threshold yang ditetapkan adalah RM500,000 berdasarkan keseluruhan nilai perkhidmatan bercukai yang disediakan; dan

ii. Pengiraan threshold adalah berdasarkan kepada jumlah nilai semua perkhidmatan yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan kepada pengguna dalam tempoh masa 12 bulan.

8. Apakah justifikasi/ rasional peluasan skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan?

i. Selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI di bawah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, langkah reformasi percukaian perlu dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara yang akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat. Langkah ini termasuk peluasan skop dan perubahan kadar CP. 

ii. Peluasan skop perkhidmatan ke atas kumpulan perkhidmatan sedia secara amnya untuk menyelaraskan dan memberikan layanan sama rata dalam industri yang sama. Sebagai contoh:

• Perkhidmatan baharu pusat karaoke yang berunsur hiburan sama seperti dengan kelab malam, dewan tari menari & kabaret di bawah Kumpulan C.

• Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan yang pada masa ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan diperluas untuk meliputi industri pembrokeran lain seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah.

iii. Perubahan kadar CP daripada enam peratus kepada lapan peratus tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini. Sebagai contoh perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Ini termasuk perkhidmatan baharu iaitu logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. 

9. Apakah peluasan skop perkhidmatan bercukai dan kenaikan kadar cukai perkhidmatan menyebabkan kenaikan harga barang? Apakah langkah proaktif untuk mengekang peningkatan kos barang?

i. Cukai kepenggunaan di Malaysia yang merupakan cukai seperingkat ditadbir oleh dua perundangan berbeza iaitu Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Cukai jualan dikenakan dan dilevi ke atas:

a. barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia; dan

b. barang bercukai yang diimport.

Manakala, CP dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu (prescribed services), perkhidmatan bercukai yang diimport dan perkhidmatan digital (SToDS).

ii. Di bawah perundangan cukai perkhidmatan semasa, terdapat kemudahan pelepasan kumpulan (group relief) dan pengecualian B2B (B2B exemption) yang bertujuan untuk mengurangkan impak cukai 

berganda (tax on tax) ke atas perkhidmatan bercukai tertentu.

iii. Cadangan peluasan skop dan perubahan kadar CP bukan merupakan faktor utama peningkatan kos barang kerana terdapat faktor-faktor lain yang lebih cenderung mempengaruhi harga barang antaranya faktor 

permintaan dan penawaran, tukaran wang asing termasuk sikap peniaga yang ingin mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan.

iv. Sebagai langkah proaktif, pengguna perlu bijak mengambil tindakan antaranya seperti berikut:

a. Membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia.

b. Memboikot penyedia perkhidmatan yang menawarkan harga tidak berpatutan.

c. Mendapatkan sesuatu perkhidmatan atau membeli barang apabila benar-benar perlu.

d. Membuat perbandingan harga/ kajian pasaran terlebih dahulu bagi mendapatkan nilai untuk wang (value for money).

e. Viral (tular).

10. Kemudahan pelepasan kumpulan (group relief) dan pengecualian B2B (B2B exemption)

i. Kemudahan group relief telah disediakan di bawah Perenggan 3 Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 bagi penyediaan perkhidmatan bercukai di bawah butiran (a), (b), (c), (d), (e), (f), (g),(h), (i) atau (l) dalam ruang (2) dalam Kumpulan G. Melalui kemudahan ini, syarikat diberi pengecualian dari membayar CP ke atas perkhidmatan bercukai yang diperolehi dari syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama. 

ii. Kemudahan pengecualian B2B diberikan kepada penyedia perkhidmatan profesional – Kumpulan G (tidak termasuk perkhidmatan agensi pekerjaan dan agensi keselamatan), logistik (Kumpulan J) serta perkhidmatan pengiklanan (Kumpulan I) yang mendapatkan perkhidmatan yang sama daripada penyedia perkhidmatan yang lain. Kemudahan ini disediakan di bawah Perintah Cukai Perkhidmatan(Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.

-BH

Previous Post

Permohonan UPUOnline dibuka bermula hari ini

Next Post

Pelancaran awal bagi Sidang Kemuncak Wanita Muslim Dunia 2024 oleh Persatuan Perniagaan Dunia Muslim

Next Post
Pelancaran awal bagi Sidang Kemuncak Wanita Muslim Dunia 2024 oleh Persatuan Perniagaan Dunia Muslim

Pelancaran awal bagi Sidang Kemuncak Wanita Muslim Dunia 2024 oleh Persatuan Perniagaan Dunia Muslim

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker