Luarnya berduri, persis seperti durian. Namun ianya berwarna jingga dan isinya merah. Itulah Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensis. Mungkin buah ini masih asing di buah mulut rakyat Malaysia, tetapi ia telah mendapat gelaran Fruit from Heaven dari seluruh dunia.
Buah unik ini boleh ditemui di negara-negara Asia Tenggara khususnya Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja, dan Myanmar. Penduduk di Thailand menyebutnya sebagai Fahk Khao sementara penduduk Myanmar menggelarnya sebagai Taw Thabu. Orang barat pula memanggilnya sebagai Spiny Bitter Gourd, Sweet Gourd atau Cochinchin Gourd.
Apa yang hebatnya buah GAC ni sampai mendapat gelaran buah dari syurga?
Haaa, Baru-baru ini, buah Gac telah muncul sebagaj sumber antioksidan tertinggi yang pernah diketahui ramai dimana buah tersebut mengandungi likopen, zzeaxanthin dan β-karoten. Karotenoid dan bioaktif lain yang dikenal pasti dari buah ini termasuklah phenolics, flavonoids dan inhibitor trypsin yang dikaitkan dengan pelbagai bioaktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti antioksidan, antikanser dan juga provitamin A.
Kandungan β-karoten di dalam buah ini jauh lebih tinggi berbanding kandungan Β-karoten semua jenis buah dan sayuran apabila jumlah β-karoten di dalam buah Gac dikatakan 10 kali ganda lebih banyak dibandingkan dengan lobak merah. Keistimewaan β-karoten dapat dilihat melalui fungsinya yang akan berubah menjadi Vitamin A di dalam badan dan juga mampu melindungi badan daripada penyakit. Lebih menakjubkan, kandungan likopen di dalam Gac adalah 70 kali ganda lebih banyak berbanding buah tomato.
Kehebatan buah GAC dalam perubatan tradisional
-
Buah Gac telah digunakan untuk merawat mata, luka yang terbakar, masalah kulit dan juga luka biasa. Jusnya pula dijadikan sebagai minuman kesihatan yang bagus untuk mata, mencegah kuman, kesuburan, kulit, jantung dan prostat.
-
Zeaxanthin dalam buah Gac melindungi tisu mata daripada terdedah dengan sinar ultraviolet dan membantu mengurangkan pengoksidaan tisu mata. Selain itu, β-karoten dalam buah Gac dapat membantu mengekalkan penglihatan malam yang baik dan seterusnya mengurangkan risiko buta.
-
Tambahan lagi, kebaikan buah Gac ini terutamanya untuk kesihatan prostat dikaitkan dengan kandungan likopen yang tinggi. Likopen sangat berkesan dalam mencegah kanser prostat dan merupakan peranan yang penting dalam rawatan BPH (benign prostatic hyperplasia). Selain itu, buah Gac juga mempunyai ciri-ciri anti kanser yang khususnya untuk kanser serviks, buah pinggang dan paru-paru.
Wahhh, hebat betul buah GAC ni dan tak hairanlah ia mendapat gelaran Fruit from Heaven dari seluruh dunia. Tapi mana kita nak cari buah GAC ni dekat Malaysia? Hmmm
Jangan risau, walaupun dekat pasaran Malaysia masih belum meluas, tapi anda semua boleh mendapatkannya di Taman Anggur Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis untuk merasai pengalaman melihat dan mencuba sendiri keenakan buah Gac ini. Selamat mencuba!