Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, July 4, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

BNM Mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

by Team Kepochi
December 21, 2023
3 min read
8 0
0
BNM Mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf)

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

July 4, 2025
ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

July 4, 2025

Duit syiling berbentuk segi empat sama yang pertama di Malaysia ini diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 43 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual dengan harga RM440 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling yang diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain ini mempunyai berat 8.5 gram. Dengan nilai muka sebanyak RM1, duit syiling in akan dijual dengan harga RM16.50 sekeping. Sejumlah 5,000 keping telah ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk Set 2 dalam 1 untuk jualan pada harga RM495. Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic. Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian.

Butiran terperinci mengenai duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran.

Reka Bentuk Duit Syiling

Reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) – Bentuk Segi Empat Sama

Bahagian Hadapan – Bahagian hadapan duit syiling memaparkan bangunan Suluh Budiman yang tersergam di kampus UPSI Tanjung Malim sebagai latar bagi ukiran tiga dimensi pohon tembusu yang tumbuh di sekitar kampus tersebut. Bangunan dan pohon ini melambangkan permulaan bersejarah UPSI yang dahulunya dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC). Tulisan “SAMBUTAN 100 TAHUN UPSI” dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling.

Bahagian Belakang – Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian dalam olahan motif Loceng Agung, yang berbentuk bulatan hampir penuh. Loceng Agung digunakan pada awal penubuhan UPSI untuk menandakan masa bagi aktiviti utama yang diatur untuk para pelajar. Nilai muka “10 RINGGIT” pula dipaparkan pada bahagian kiri duit syiling dengan bayang Anak Kandung Suluh Budiman (gelaran mesra untuk graduan UPSI) pada bahagian kanan duit syiling. Logo rasmi UPSI100 versi berwarna turut dipaparkan dalam olahan motif Loceng Agung.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Bahagian Hadapan – Tulisan “UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS” dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling dengan berlatarbelakangkan olahan motif Loceng Agung. Logo-logo UPSI dan gelaran terdahulu institusi, iaitu SITC, MPSI, dan IPSI, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling.

Bahagian Belakang – Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling manakala nilai muka “1 RINGGIT” pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. Logo rasmi UPSI100 dipaparkan dengan berlatarbelakangkan imej buku terbuka bagi melambangkan limpahan ilmu pengetahuan.

Jualan Duit Syiling Peringatan

Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi pautan duit.bnm.gov.my mulai 11:00 pagi Isnin, 18 Disember 2023 hingga 11:00 malam Isnin, 1 Januari 2024. 

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya jumlah tempahan yang diterima melebihi jumlah yang ditawarkan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya. 

-BNM

Previous Post

Boboiboy bawa pelancong mengembara bersama ke angkasa di Langkawi sempena cuti sekolah

Next Post

Diskaun Sehingga 40% buat pelanggan sepanjang Disember ini. -MR D.I.Y

Next Post
Diskaun Sehingga 40% buat pelanggan sepanjang Disember ini. -MR D.I.Y

Diskaun Sehingga 40% buat pelanggan sepanjang Disember ini. -MR D.I.Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker