Muhammad Syahril Saidi yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2022 melaksanakan bakti terakhir buat ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail dengan mengimamkan solat jenazah dan menguruskan jenazah ibunya hingga ke liang lahad.
Jenazah Allahyarhamah Tuan Faridah, disolatkan di Masjid Pondok Moden, Kandis sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati.
Menurut Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman,berkata pihaknya akan membantu Syahril serta kakaknya itu yang difahamkan turut menangguh pelajaran kerana menjaga ibunya yang sakit untuk menyambung pengajian.
“Jika dia nak sambung, kita akan bantu mana yang boleh, kita pastikan pendidikan mereka diteruskan walaupun sudah kehilangan ibu bapa,” ulasnya ketika melawat keluarga pelajar itu yang kematian ibunya di Kampung Kandis, Bachok
setakat ini Syahril akan meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Tambahnya, pelajar itu berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Malaya juga dalam bidang agama.
Kami mengucapkan takziah buat Syahril sekeluarga atas kehilangan bonda tercinta.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official