Setelah berpuasa sepanjang hari, kita akan merasa lapar dan harus seterusnya mencari makanan dan minuman untuk berberbuka. Namun, ada satu amalan yang mesti dielakkan iaitu merokok. Tindakan merokok sebaik sahaja berbuka puasa boleh membawa risiko serius kepada kesihatan tubuh.
Pertama sekali, selepas berpuasa selama 12 jam, tubuh badan kita memerlukan air, glukosa (gula), dan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Namun, merokok mengganggu proses ini dengan cara yang memudaratkan. Asap rokok yang masuk ke dalam tubuh selepas berpuasa menyebabkan saluran darah mengecut dan menghalang saliran oksigen di dalam salur darah. Akibatnya, tubuh tidak dapat menghasilkan tenaga dengan efisyen.
Selain itu, asap rokok juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan tekanan darah meningkat. Ini meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Jantung juga terjejas kerana asap rokok mengganggu degupannya.
Mengapa sia-siakan usaha berpuasa sepanjang hari dengan mengambil sesuatu yang memudaratkan tubuh? Kita harus berusaha untuk menjaga kesihatan kita dengan menjauhi amalan merokok, terutama selepas berpuasa, demi kesihatan tubuh badan dan minda kita.