Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang merupakan mantan Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi dinamakan Al-Inarah, ianya merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama.
Pada awal pengenalan, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja. Berita baik buat pengguna iPhone, aplikasi yang sama ini juga turut tersedia untuk digunakan.
Al-Inarah menghimpunkan lebih 4,000 artikel kemusykilan dibawah 75 kategori berbeza. Disamping itu, pelbagai artikel baharu juga akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna dalam melakukan carian menggunakannya. Disamping itu, aplikasi ini turut menyediakan akses kepada pelbagai ebuku percuma melibatkan agama dan kehidupan harian.