Menteri Pertahanan ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menentang tindakan stesen TV Al Jazeera yang memfitnah Malaysia di dalam mengendalikan PATI sewaktu PKP.
– ISMAIL SABRI YAAKOB (Menteri Pertahanan Malaysia)
Terdahulu, stesen TV Al Jazeera telah menyiarkan sebuah laporan palsu bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”. Laporan ini mendakwa berlakunya diskriminasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI), dari segi sikap dan layanan ketika Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani COVID-19.
Video laporan berdurasi 20.25 minit itu mendapat kritikan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dan menyifatkan siaran video itu mempunyai unsur tidak baik.
Perkara ini menyebabkan laporan palsu di YouTube rasmi Al Jazeera itu mendapat jutaan “dislike” dari netizen terutamanya rakyat Malaysia.
Orang awam juga mendesak kerajaan Malaysia supaya bertindak tegas terhadap stesen TV Al Jazeera kerana reputasi negara boleh terjejas dengan adanya maklumat palsu seperti ini.
– Malaysia bersatu menentang tindakan stesen TV Al Jazeera yang memfitnah Malaysia