Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, May 12, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Merindui Kawan Lama: Ben Nathan

by mykepochi.com
October 21, 2020
3 min read
80 5
0
Merindui Kawan Lama: Ben Nathan
Share on FacebookShare on Twitter

RELATED STORIES

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

May 11, 2025
Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

May 11, 2025

Saya fikir celaan dan kritikan adalah hal yang lumrah dialami Ben Nathan.

Kisah-kisah peribadinya dilaporkan media sejak dua dekad lalu sebagai berita sensasi. Impaknya melampaui manusiawi.

Malah, kerana Ben Nathan artis – sensasi celaan dan pujian diratakan sebagai perkara yang sama. Satu cara melariskan tulisan dan menjual berita.

Ben Nathan ketika melalui zaman kejatuhan akibat tekanan “kemurungan” sejak awal 2000-an sentiasa menjadi subjek sensasi.

Bagi rakan-rakan di Pasar Seni, Kuala Lumpur – watak Ben Nathan yang “kemurungan” bukan rahsia.

Kuala Lumpur, 09 Februari 2009 — Interview bekas penyanyi Ben Nathan di Taman Datuk Harun,PJ semalam.
Gambar digital: Asmaruddin Jamaluddin / Wartawan hiburan: Muzlina

Penyanyi popular dengan lagu “Stanza Sepi Sekeping Hati”, “Ilusi Satu Penantian” dan “Ucapan Tak Seindah Sayang” ini melalui period sukar yang panjang.

Apabila videonya “mengemis ang pow” viral pada Februari 2017 – ia bukan kejutan bagi kenalan di Pasar Seni. Sebab hampir dua dekad Ben Nathan hidup dalam keadaan begitu.

Bagi wartawan hiburan – kisah Ben Nathan hidup di jalanan dan tidak terurus sudah dipaparkan sejak sekian lama dan berulang kali dicetak seawal tahun 2000.

Alhamdulillah. Kini Ben Nathan sudah kembali ke pangkuan keluarga.

 

Saya tidak mengenali Ben Nathan ketika zaman popularnya. Saya mengenalinya ketika dia sudah dilihat tidur di hentian bas Bangkok Bank.

Atau berkeliaran di Bangsar dan berjalan kaki merentas Muzium Negara menuju ke Pasar Budaya.

Kalau terserempak di restoran Pasar Budaya, kami akan duduk minum kopi. Saya selesa minum berdua bagi mengelakkan Ben Nathan menjadi pendiam kalau terlalu ramai. Kalau berdua – dia lebih ramah dan suka bergurau.

“Kalau buat filem, aku hero. Kau jaga aku sudahlah…,” guraunya.

Kalau minum teh, saya boleh habiskan bergelas-gelas teh dan menemaninya berbual.

Kalau ada gitar, dia akan main (tapi lagunya tidak pernah selesai… hahaha) sambil menemani saya minum teh.

Ben Nathan adalah antara kes mangsa “kemurungan” yang selama dua dekad tidak dapat ditangani.

 

1 of 4
- +
Sumber Gambar: Metro

 

Tidak mudah mengawal mereka yang mengalami “kemurungan” dan konflik “anxiety”.

Sejak pulang ke pangkuan keluarga pada 2017, Ben Nathan tidak lagi ditemukan di Bangsar dan Pasar Seni.

Tiga tahun tidak mengopi dengan Ben Nathan pun satu kerinduan juga. Paling tidak, dia seorang kenalan yang selalu menghiburkan.

Menemui Ben Nathan atau nama Islamnya Ben Adam Patmanathan Abdullah secara personal adalah seorang yang ceria. Malah, pandai bersenda.

Kami kerap bergurau idea membuka sebuah restoran gril di pinggir Sungai Kelang melalui perkongsian wang KWSP.

“Aku bos la… kau kerja saja,” kata Ben Nathan. “Yalah, kau bos… tapi aku bos besar,” balas saya.

Ramai yang berusaha membantu Ben Nathan. Sangat ramai. Malah, bertukar-tukar orang yang mahu menjaganya.

Cuma, konflik Ben Nathan ialah “kemurungan” dan kemahuannya untuk hidup “menyendiri”.

Tidak ada yang berjaya menjaganya. Dia akan keluar meninggalkan rumah dan selesa hidup tanpa kawalan sesiapa.

Keluarga Ben Nathan juga sayangkan penyanyi ini. Malah, anak-anak saudaranya sangat sayangkan pakciknya.

Namun, sehingga 2017, usaha membawa Ben Nathan pulang atau mendapatkan rawatan – sesuatu yang sukar.

Sejak viral videonya pada Februari 2017, akhirnya Ben Nathan berjaya dipujuk menjalani rawatan dan pulang ke pangkuan keluarga.

Tiga tahun tidak bertemu Ben Nathan terasa sangat merindukan. Walaupun selama dua puluh tahun dia memanggil saya dengan nama “Wahab”.

“Wahab, jangan lupa simpan wang KWSP untuk bisnes restoran gril.”
Atau tegurnya:
“Wahab… sekarang kau belanja aku dulu, nanti dapat KWSP aku belanja kau pula….”

Kepada Ben Nathan, saya rindukan anda. Apa pun, di mana saja anda berada – utamakan keluarga. Hanya mereka yang sayangkan anda.

Kalau jumpa, jangan lupa saya: “Wahab. Rakan kongsi restoran gril bersama.” Semoga anda sihat selalu.

– Merindui Kawan Lama: Ben Nathan –

Previous Post

To’ki Menderita Fobia Dan “Anxiety” Kronik

Next Post

Selamat Asrin Legenda Yang Dirindukan

Next Post
Selamat Asrin Legenda Yang Dirindukan

Selamat Asrin Legenda Yang Dirindukan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker