Nama Fynn Jamal sekali lagi menjadi perhatian apabila sekali lagi apabila dia memberi pendapat di instastory bahawa sikap dan sifat wanita sendiri menjadi punca kenapa wanita menjadi mangsa rogol.
Malahan Fynn berpendapat sekiranya wanita memakai tudung ‘tidak cukup sifat’ boleh mengakibatkan wanita lain menjadi mangsa.
Lebih panas apabila Fynn memetik nama Nabi Muhammad s.a.w dalam hujahannya itu.
Pendapat Fynn ini menjadi perbualan hangat di twitter. Ramai yang membantah pandangan Fynn.
Namun ada juga peminat penyanyi lagu Arjuna Beta ini mendukung penyanyi itu dan mengakibatkan perbalahan di media sosial.
Semalam penyanyi dan usahawan, Caprice bertindak menghubungi Fynn di Instagram dan membuat siaran langsung perdebatan mereka.
Dalam siaran itu, Caprice meminta penjelasan Fynn tentang rasional pendapatnya yang menyatakan wanita yang suka berswafoto atau menggunakan pengubahan foto dengan teknik ‘filter’ boleh menyebabkan kejadian rogol.
“Benda kita buat contoh Tik Tok, pakai filter dekat muka, enhance muka sampai tabarruj (melampau).”
“Namun tidaklah maksud kita pakai filter tu kita kena rape (rogol), tidak,” jelas pelakon teater Asmarara kepada Caprice.
Namun Caprice memberitahu dia tidak nampak perkaitan perbuatan itu sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian rogol.
“Adakah Fynn sangka semua wanita berhias untuk lelaki? Mak saya bersolek bukan untuk my dad tapi dia mahu feel good,” ujar penyanyi yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan ahli politik, Tan Sri Dr Rais Yatim itu.
Perbualan itu berlarutan panjang, namun sehingga akhir Caprice tidak dapat menerima rasional Fynn.
Pertengahan tahun lepas Fynn pernah ditegur mufti kerana mengeluarkan pendapat yang salah mengenai waktu permulaan puasa.
Alahai Fynn Jamal!