Apa yang paling menarik setelah selesainya perang COVID-19?
Jawapannya festival sini saman sana, sana saman sini. Macam tu lah keadaan sekarang apabila tiga artis tempatan akan naik mahkamah dek kerana saman menyaman.
Pertama Emelda Rosmila nekad menyaman Zarina Anjoulie Lavocah sebanyak RM 1juta sebagai pembelaan dan pernyataan tuntutan oleh Zarina, menafikan pembabitannya dalam mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman.
Zarina menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan dan defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan atau menjatuhkan reputasi plaintif pada masa akan datang, kos serta relief lain yang sesuai oleh mahkamah.
Mungkin masing-masing ada rasional tersendiri untuk naik ke mahkamah. Kami tidak mahu cenderung untuk memihak kepada sesiapa kerana ianya sudah pasti mengganggu proses mahkamah yang akan berlangsung.
Namun persoalannya perlukah sampai ke mahkamah dan saman menyaman? Apakah habis ruang untuk masing-masing untuk berbincang dengan baik?
Industri hiburan negara kita pun bukanlah besar mana pun. Kalau pergi mana-mana festival anugerah pun mungkin boleh sampai berlaga bahu di karpet merah.
Sebetulnya sebagai selebriti atau artis anda sepatutnya masak dengan permainan gosip atau tohmahan.
Berada dilingkaran sentiasa dipandang orang ramai mengundang pelbagai persepsi.
Lihat sahaja youtubers popular S.Pavithra pun menjadi cercaan semata-mata kerana membeli periuk baru. Entah macammana kalau dia jadi artis.
Kalau tak silap kali terakhir mahkamah menjadi tumpuan popular pada tahun 2006 lantaran kes dua penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza dan Allahyarhamah Sharifah Aini.
Baru-baru ini juga pelakon yang baru menapak dalam industri hiburan, Fara Mendoza berjaya dalam kes samannya terhadap Zarina.
Begitulah Saman pasca COVID-19 – Hilangkah ruang berbincang?