Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Amukan Prebet Adam LIVE Di Crime Night Syahril Kadir

Membolehkan penonton mengikuti pelbagai pendedahan kes-kes jenayah berprofil tinggi di negara ini.

by Zainal Rashid Ahmad
October 21, 2020
2 min read
47 0
0
https://www.facebook.com/SuaraAnakCokit/videos/553959162178464/
Share on FacebookShare on Twitter

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

April 26, 2025

Crime Night Syahril Kadir di Suara Anak Cokit.

Mulai Selasa dan Rabu ini, wartawan dan Facebooker terkenal, Syahril Kadir akan muncul dalam program Crime Night Syahril Kadir.

Program secara langsung dari Studio Garasi Republic ini akan bersiaran langsung di Facebook Suara Anak Cokit.

Program tetap dua kali seminggu ini bagi membolehkan penonton mengikuti pelbagai pendedahan kes-kes jenayah berprofil tinggi di negara ini.

Pembunuhan Canny Ong, Suzaili Mokhtar dan Norita Shamsudin antara topik menarik. Selain kes-kes jenayah membabitkan Geng Styer, Geng Mamak dan Botak Chin.

Syahril yang popular melalui kolum Facebooknya yang diikuti 113 ribu peminat tegar kisah jenayah sebelum ini muncul sebagai tamu Suara Anak Cokit.

Kemunculan Syahril berjaya mendapatkan 5 ribu tontonan (tanpa pembelian boost) dan menerima respon menarik pengikut Facebook.

Pada 10 Jun lalu jam 10 malam, peminat menantikan sesi bersama wartawan berpengalaman ini untuk berkongsi kisah sebenar disebalik kejadian amuk Prebet Adam Jaafar.

“Pendedahan buku Konfesi Prebet Adam Jaafar mengubah banyak landskap mengenai fakta sebenar dalam kes amuk bersenjata di Chow Kit pada Oktober 1987,” kata Syahril.

Sebagai wartawan berpengalaman selama 20 tahun dengan fokus mengumpulkan fakta dan pemprofilan jenayah di negara ini, Syahril berkongsi kisah Prebet Adam selama 80 minit bersiaran di Facebook Suara Anak Cokit.

“Penerbitan buku ini dengan niat menjelaskan fakta kes dan menemubual semula prebet Adam, peguamnya Mohamad Syafee Abdullah, bekas Ketua Pengarah Ketenteraman Awam Bukit Aman, Zaman Khas dan Ketua Operasi Medan ATM, Leftenan Jeneral Ghani Abdullah,” kaya Syahril.

 

1 of 5
- +

Penonton terus mendesak Syahril mendedahkan lebih detils konspirasi sebenar yang menyebabkan kes amuk ini dikaitkan dengan krisis perlembagaan.

Namun, Syahril kekal fokus mengenai pengakuan Adam yang selari dengan kenyataan bukti serta dokumen kes yang dikongsi Syafee, Zaman Khan dan Ghani.

“Buku ini bermula apabila Adam menghubungi saya melalui telefon untuk berkongsi kisahnya. Saya terbang ke Pulau Pinang dan mewancara Adam,” katanya.

Status Adam sebagai bekas pesakit mental di Tanjung Rambutan menyebabkan Syahril perlu mencari fakta-fakta kukuh untuk mendokong cerita Adam.

“Itu sebab saya menemui semua tokoh penting kes ini. Peguam Adam, pegawai polis dan pegawai ATM yang mengendalikan kes ini,” kata Syahril.

Semua maklumat, katanya dikumpulan dan dibukukan dalam Konfesi Prebet Adam dan diterbitkan Dubook Press pada 2018.

“Semua kenyataan Adam 100% tepat setelah dirujuk pada wawancara dan dokumen bukti yang disimpan oleh peguam, pihak polis dan tentera,” katanya.

Semua bukti yang disatukan dalam buku bagi membuktikan tuduhan punca Adam mengamuk kerana adiknya mati dibunuh Sultan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail adalah palsu.

“Kes adik Adam dibunuh ketika menjadi ‘caddy’ golf satu fitnah kepada Almarhum Sultan Iskandar,” kata Syahril.

Program Wawancara@GarasiRepublic bersama Syahril Kadir akan bersiaran setiap Selasa dan Rabu jam 10 malam di Facebook Suara Anak Cokit.

Popular di Mykepochi :
Nasi Briyani Nutella
Isteri Lari Sebab PUBG?

Previous Post

Abaya Yang Dinanti-Nantikan Telah Tiba Dari Arab Saudi!

Next Post

Siti Panggil Polis Guna Instastory?

Next Post
Siti Panggil Polis Guna Instastory?

Siti Panggil Polis Guna Instastory?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker