Masih dalam suasana raya, Jubah Royale memperkenalkan koleksi Abaya terbaharu.
Terdapat 4 koleksi Abaya yang ditunggu-tunggu dari Arab Saudi ini telah tiba, antaranya Mumtaz Abaya, Aisyah Abaya, Safiyah Abaya & Jazmeen Abaya. Koleksi yang dibawa khas jauh dari Arab Saudi ini ternyata berbeza.
Untuk Mumtaz Abaya didatangkan dengan rekaan chiffon berbentuk V dengan 3 jalur belang (putih, hitam dan perang / coklat) dan dihiasi dengan permata hitam. Sesuatu yang terkini dan lebih menyegarkan. Direka dengan lebih “flowy” untuk keselesaan pemakai.
Koleksi Aisyah Abaya pula hadir dengan 4 warna iaitu merah tua (maroon), hitam, putih dan biru laut (navy blue). Kesemua abaya didatangkan dengan shawl yang sesuai dengan abaya.
Safiyah Abaya & Jazmeen Abaya juga, mempunyai rekaan konsep moden kontemporari yang tersendiri, unik dan praktikal.
Kesemua koleksi Abaya sememangnya mempunyai keunikan tersendiri, hadir dengan warna moden dan terang.
Walaupun abaya Jubah Royale direka dan dijahit di Timur Tengah, abaya ini masih relevan untuk wanita Asia kerana dibentuk mengikut ukuran badan wanita Asia dan design yang menepati citarasa wanita Asia. Bukan itu sahaja, setiap perincian yang tersusun, terletak cantik dan rapi di atas abaya diinspirasikan oleh wanita muslimah di Asia pada umumnya, Malaysia pada khususnya yang sukakan perincian yang menggunakan rona warna pastel, motif sulaman berbunga, batu-batu manik yang berkilauan serta mutiara yang mempersonakan. Setiap design abaya punya inspirasi yang membawa makna dan cerita pada pemakai.
Kedatangan Syawal dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukan alasan untuk tidak memiliki koleksi dari Jubah Royale ini. Malah koleksi ini menjadikan OOTD anda lebih nampak terserlah dari yang lain. Malah inilah inspirasi buat anda untuk lebih berkeyakinan.
Semoga Jubah Royale terus memperkasakan trademark konsep fesyen Islamiknya. Anda boleh terus ke butik Jubah Royale di Nu Sentral untuk dapatkan koleksi Abaya ini!
Anda juga boleh terus membeli secara atas tallan di www.jubahroyale.com!
Atau boleh hubungi terus di 017-236 6647
#JRRAYA2020
Baca juga : Kenal Telur Rosak!
Nasi Briyani Nutella?