Seafood Premium, Tomahawk & Desserts Sangat Superb! Nikmati Bufet Christmas Eve Birkin International Hotel Melaka!

Sonny IkmalInfoFood1 week ago2K Views

MELAKA – Kalau korang masih cari tempat terbaik untuk celebrate malam Krismas, Birkin International Hotel Melaka memang patut masuk dalam wishlist. Hotel ini bakal mengadakan Christmas Eve Dinner Buffet pada 24 Disember lengkap dengan hidangan mewah, suasana cozy dan vibe perayaan yang confirm buat korang rasa macam sambut Krismas di luar negara.

Hidangan Laut Premium & Juadah Tradisi Krismas

Bufet kali ini mengetengahkan seleksi hidangan yang bukan biasa-biasa. Dari seafood premium, daging panggang juicy, hingga pencuci mulut buatan tangan, semuanya dirangka oleh duo chef hebat Executive Chef Benny Chua dan Chef Pastri Muzaffar Shah.

Antara hidangan yang korang MESTI try:

Hidangan Utama:

Ayam Belanda Panggang Tradisional – lembut, juicy, diperap herba wangi & disaji dengan sos istimewa.

Salmon Wellington – salmon berjus dibalut pastri mentega rangup + cendawan herba.

Salmon Perap Sitrus & Daun Adas – aroma segar dan lembut.

Ikan Mackerel Salai – bau asap yang memikat, tekstur lembut.

Terin Salmon Salai – layer salmon salai + krim keju + lemon. Fancy habis!

Chef Benny kata, setiap hidangan direka untuk mengekalkan rasa tradisi Krismas sambil diberi sentuhan premium untuk pengalaman makan malam paling memuaskan.

Tomahawk & Daging Salai Gaya Eropah

Bagi yang suka daging, bufet ini memang heaven:

🔥 Stik Tomahawk Panggang – empuk, berjus dan kaya rasa.
🔥 Plat Daging Salai Eropah dengan Glis Madu – pelbagai daging salai smoky yang disalut madu.

Pencuci Mulut Bertema Musim Sejuk

Chef Muzaffar menyempurnakan malam dengan pilihan pencuci mulut ala winter wonderland. Setiap manisan disiapkan untuk memberi aroma, tekstur dan persembahan yang ‘membawa’ tetamu merasai suasana musim sejuk.

Tarikh & Masa Bufet

📅 24 Disember 2025 (Christmas Eve)
🕔 6.30 petang – 10.00 malam
📍 Birkin Kitchen, Birkin International Hotel Melaka

Bagi yang nak secure tempat:

👉 WhatsApp / Call:
+60 12-558 2693 / 06-228 8578
👉 Tempat terhad & walk-in mungkin tak diterima pada malam tersebut.

Malam Krismas Yang Mewah, Cozy & Penuh Kenangan

Dengan pelbagai pilihan hidangan, suasana hangat dan dekorasi Krismas yang cantik, bufet Birkin International Hotel memang perfect untuk:

✨ Family dinner
✨ Dating malam Krismas
✨ Gathering dengan besties
✨ Aktiviti hujung tahun

“Christmas Eve Dinner Buffet Melaka”, “bufet hotel Melaka terbaik”, dan “bufet Krismas 2025” kalau itu yang korang cari, yang ni memang memenuhi semua checklist!

@melaka.people

Buffet Christmas Eve paling mewah di Melaka 😭❤️ Tomahawk, Salmon Wellington, seafood penuh weh… pilih je! semua sedap gila! Siapa nak pergi ajak please!!! 🎄🔥 power ah @birkininternationalhotel Klebang Melaka #melakafoodie #christmasbuffet #birkinhotel #melakahotel #buffetmalaysia

♬ original sound – Melaka People – Melaka People

Leave a reply

Follow
Search
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...