Siapa tak kenal dengan Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng. Uncle Kentang, aktivis masyarakat yang popular dengan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan. Khidmatnya antara lain ialah mengagihkan bantuan makanan asas secara percuma, yang turut menyediakan dapur umum yang membolehkan mereka yang lapar dan miskin mengambil makanan secara percuma.
Uncle Kentang pernah buat pengumuman tutup kedai dan gulung tikar dalam memberi bantuan. Ramai yang terkejut apabila membaca posting Uncle Kentang yang umum sebegitu. Puncanya adalah sebab kekurangan dana dan ada yang mengambil kesempatan.
Uncle Kentang menjawab pertanyaan pada komen,
“Saya rasa sedih. Bila beri satu kali…mintak lagi … mintak lagi. Ini lah kita malas nak layan. Kalau betul emergency kematian sahaja akan di layan. Nak jawab mesej pun saya malas. Kita putuskan budaya malas mereka.”Tambah Uncle Kentang lagi, “kita beri duit… dia maklum member semua minta kat saya… hahaha ada yang guna no tel berbeza dan akaun berlainan… bila check mereka adalah dari kumpulan yang sama…”
Uncle Kentang turut menyatakan dia kini hanya memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong sahaja. Oleh kerana dana kekurangan, dia sudah hentikan kiriman wang kepada mereka yang susah.
TERKINI
Akan tetapi, terdapat posting ada bantuan yang telah dibuat oleh Uncle Kentang walaupun di luar kawasan Puchong.
Ini membuktikan Uncle Kentang tak dapat dipisahkan dengan usaha murninya membantu yang memerlukan.
Dalam posting sebelumnya, Uncle Kentang ada menyatakan bahawa orang susah itu adalah kurniaan Allah untuk kita mendapat ganjaran kelak.
Van Jenazah
Uncle Kentang kini berusaha mendapatkan Van Jenazah ke-6 dengan berbaki RM33,000 lagi. Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun yang tertera atau layari www.kentangfund.com .
Mengenali Uncle Kentang, dia sememangnya takkan berputus-asa untuk membantu selagi mana boleh. Untuk kita semua, ada sesuatu yang kita boleh ambil contoh dari kebaikan yang dibuatnya.
Pesan untuk Uncle Kentang, “Jalan Terus Boss!”. Kami bersama you, no worries.”
Sumber: FB Uncle Kentang
Thanks Kepochi. Bersama kita harung jalan ini.