Siapa sangka disebalik lagu Yennode Macha yang sedang tular kini rupanya dinyanyikan oleh seorang remaja berbangsa Melayu. Zubir Khan merupakan penyanyi yang dikenali dengan kebolehannya dalam menyanyikan lagu-lagu berbahasa Tamil. Bakat istimewa ini menjadikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia bersatu padu dalam berhibur.
Meskipun bukan berketurunan India, Zubir menarik perhatian meluas di media sosial, khususnya dalam kalangan komuniti muzik India. Dia dikenali sebagai inspirasi dalam industri muzik dan telah membuat rakaman untuk enam lagu, termasuk “Yennode Macha” yang sedang tular di media sosial baru-baru ini apabila beliau membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan berbangsa India.
Selain itu terdapat beberapa lagu lagi yang dinyanyikan oleh penyanyi ini antaranya “Per Yenne Solle”, “Thevadhai”, “Marainthe Uyire” (bersama Kzaq), “Nenji Yenguthu” dan “Soga Kathai” (bersama Kidd Hachu). Zubir juga akan melancarkan single terbaru berjudul “OMK (Oh My Kadhale)” yang dibawakan dengan kerjasama penyanyi Ezra Kairo.
Untuk rekod, lagu Yennode Macha melebihi 5.7 juta tontonan di platform Youtube dan mendapat respon yang positif daripada penonton di platform tersebut