Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Malam Pun Meriah! : Rumah Terbuka Aidilfitri UTeM

by Team Kepochi
May 10, 2024
3 min read
11 0
0
Malam Pun Meriah! : Rumah Terbuka Aidilfitri UTeM
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 10,000 tetamu hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diadakan di perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal Melaka semalam. Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM, menyatakan bahawa majlis tersebut dianjurkan pada waktu malam untuk menonjolkan kemeriahan Cahaya Aidilfitri dan untuk mengimarahkan lagi Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.

“Kami mengambil pendekatan yang berbeza dengan menganjurkan majlis ini pada waktu malam, bagi menonjolkan kemeriahan Cahaya Aidilfitri itu sendiri dan juga sebagai satu inisiatif untuk mengimarahkan lagi Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM,” kata Prof Massila.


Lebih dari 30 khemah makanan menyediakan lebih daripada 20 jenis juadah kepada tetamu termasuk 20 ekor kambing golek, nasi beriani, sate, ketupat, rendang, pelbagai jenis mi, ubi rebus, dan minuman. 25 orang Jemaah Haji UTeM bagi tahun 1445H (2024) juga diraikan dengan sumbangan tunai RM300 kepada setiap individu, melalui Tabung Kewangan Masjid Saiyyidina Abu Bakar UTeM dan Badan Kebajikan Staf UTeM (BAKUTeM).

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

UTeM mengucapkan terima kasih kepada UTeM Holdings Sdn. Bhd. yang menaja RM150 ribu bagi majlis tersebut, serta kepada Yayasan Canselor UTeM dan BAKUTeM. Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTeM bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hajah Asmah Ab Rahman, serta tetamu lain seperti Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman, dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UTeM, Dato’ Dr Husaini Omar turut memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ir Ghazali Omar dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif.

Majlis ini memenuhi objektif sebagai medan ikatan ukhuwah silaturrahim antara warga UTeM, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Kesihatan dan Kesejahteraan Baik (SDG 3) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

–www.mykepochi.com–

Previous Post

Ludwig van Beethoven: Penggubah Genius dalam Sejarah Muzik Klasik

Next Post

12 Masjid Unik Di Malaysia

Next Post
12 Masjid Unik Di Malaysia

12 Masjid Unik Di Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker