Bintang bola sepak Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim dilaporkan diserang oleh individu yang tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disimbah asid.
Faisal dikatakan diserang selepas bermain go kart di sebuah pusat beli-belah terkemuka dan punca sebenar beliau diserang masih lagi menjadi tanda tanya.
Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa kejadian samun baru-baru ini dan didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet dalam kejadian tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu ketika pemain terbabit baru saja pulang dari makan malam.