Cuaca panas! Bahayakah? Program Malaysia Hari Ini, TV3 bersama hos Sofea Nur Solehha Tun dan Fadzly Fuad membawakan Pakar Perunding Dermatologi Hospital Kuala Lumpur, Dr. Moonyza Ahmad Kamil bagi sesi perbincangan mengenai kesihatan kulit.
Dr. Moonyza berkata, terdedah kepada cahaya matahari boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Beliau menjelaskan bahawa sinar UV, terutama UVA dan UVB boleh menyebabkan pigmentasi, kekenduran kulit, dan juga penuaan. Tambahnya, jika terdedah terlalu lama dibawah sinar matahari, ianya dapat meningkatkan risiko terkena kanser kulit, terutama pada individu dengan kulit cerah.
1. Pentingnya Pemakaian Harian Sunscreen
Pentingnya pemakaian harian pelindung matahari untuk menjaga kulit dari bahaya sinaran UV. Dr. Moonyza menekankan perlunya pemakaian setiap hari, meskipun cuaca panas, untuk menghindari kerosakan kulit yang tidak diinginkan.
2. Memilih Sunblock yang Tepat
Dalam pemilihan sunblock atau sunscreen, Dr. Moonyza menyarankan agar kita memilih produk yang melindungi dari sinar UVA dan UVB. Beliau menekankan,
pentingnya memperhatikan faktor SPF (Sun Protection Factor) dan PA (Protection Grade of UVA) pada produk.
“Produk sunblock yang baik haruslah memiliki spektrum luas untuk melindungi kulit dari kedua jenis sinar UV.” – Dr. Moonyza
3. Cara Penggunaan yang Tepat
Dr. Moonyza memberikan panduan tentang cara penggunaan yang tepat, “Sunblock harus disapu sebelum melakukan aktiviti luar dan perlu diperbaharui setiap 2 jam untuk memastikan perlindungan yang optimum.” Beliau juga menekankan bahwa penggunaan berulang diperlukan meskipun SPF tinggi memberikan perlindungan lebih lama.
4. Perlindungan untuk Anak-Anak
Dalam konteks anak-anak, Dr. Moonyza menekankan pentingnya perlindungan matahari, terutama saat melakukan aktiviti luar atau berenang. Beliau menyarankan untuk menggunakan produk yang sesuai untuk anak-anak, dengan perlindungan SPF dan PA yang sesuai dengan kulit mereka.
5. Pentingnya Perlindungan Setiap Hari
Dr. Moonyza juga menekankan bahawa pentingnya perlindungan matahari setiap hari, “Sinar UV dapat tetap mempengaruhi kulit walaupun bukan dibawah terik matahari, oleh itu, penggunaan sunblock harus menjadi kebiasaan sehari-hari.” Dalam keadaan panas sekarang, pentingnya kita untuk menghindari dan elak dedahkan diri secara terus dibawah sinaran matahari dan menggunakan perlindungan seperti payung, topi, atau baju pelindung.
6. Rujuk Pakar Dermatologi
Pentingnya dapatkkan nasihat ahli dermatologi untuk rawatan kulit yang tepat, “Kulit kita berbeza masing-masing, dengan merujuk ahli dermatologi dapat membantu menentukan produk dan rawatan yang tepat.” Perlunya rawatan yang tepat dapat mencegah penuaan dan kanser kulit.
Dengan mengikuti panduan dari Dr. Moonyza Ahmad Kamil, kita dapat menjaga kulit kita dari bahaya sinar matahari dan memastikan perlindungan yang optimum setiap hari.
www.mykepochi.com