Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

7 Langkah Elak Termakan Telur Rosak

by Eqa Zack
October 21, 2020
2 min read
21 1
1
7 Langkah Elak Termakan Telur Rosak
Share on FacebookShare on Twitter

RELATED STORIES

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

April 26, 2025
10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

April 26, 2025

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan kes kematian seorang wanita yang menjadi mangsa keracunan puding buih di Marang, Terengganu. Selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Beliau akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Difahamkan, mangsa bersama beberapa ahli keluarganya sebelum ini dimasukkan ke hospital selepas mengalami keracunan akibat makan puding buih yang dibeli secara atas talian pada 22 Mei lalu. Bukan itu sahaja, malah, kes keracunan puding buih ini juga turut membabitkan 20 keluarga. Telur yang sudah tamat tempoh dipercayai digunakan dalam pembuatan puding buih menyebabkan kes keracunan itu.

Prihatin dengan kes ini, seorang doktor terpanggil untuk membuat perkongsian mengenai langkah-langkah bagi mengelakkan termakan telur yang sudah rosak.

———————————————————————————————————-

Sejak dapat tahu ada ramai mangsa yang mengalami keracunan makanan berpunca dari penggunaan telur tamat tempoh dekat Terengganu baru ni sampaikan ada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), saya dah mula rasa tak sedap hati.

Setiap hari masa bertugas memang kami akan jumpa kes yang kritikal. Tapi kalau ada yang terpaksa dirawat kat ICU tu, kemungkinan besar pesakit tu sebenarnya sedang bertarung antara hidup dan mati.

Akhirnya semalam mangsa berusia 25 tahun tu disahkan dah pergi meninggalkan kita semua akibat kegagalan pelbagai organ dalam badan (multiorgan failure) disebabkan jangkitan kuman yang melampau (septic shock).

Saya yakin kita semua tak nak tragedi dasyat ni berulang balik pada sesiapapun, apatah lagi pada anak kecil kita atau ahli keluarga yang lain.

Sebab tu saya nak minta kita semua tolong periksa betul-betul telur yang ada kat rumah kita tu tiap kali sebelum masak:

  • Tolong tengok dulu tarikh pada kotak telur tu kalau ada. Make sure belum expired.

  • Pastikan tak ada tanda keretakan pada kulit telur tu.

  • Tak ada kesan berlendir pada permukaaan kulit telur. Kalau ada, tu tanda bakteria dah mula rosakkan telur.

  • Kalau dekat kulit telur tu ada lapisan berdebu, maksudnya dah mula berkulat.

  • Cuba cium dulu. Kalau ada bau busuk dan hanyir, telur tu memang confirm dah rosak.

  • Buang telur tu kalau perasan dah ada perubahan warna pada putih telur.

  • Sebelum pecahkan telur tu, masukkan dulu dalam gelas atau bekas berisi air. Mana yang terapung je tak turun-turun, maknanya tu telur lama. Baik buang cepat cepat dan jangan ambil risiko gunakan telur tu.

    Telur yang dah rosak berisiko tinggi untuk tercemar dengan macam-macam jenis kuman. Tapi antara yang paling kerap dan paling bahaya bila dah tercemar dengan kuman Salmonella.

    Kalau terkena jangkitan kuman Salmonella tu, kita mungkin boleh demam, muntah, sakit perut dan paling dasyat sampai berlaku kematian seperti yang terjadi semalam.

    Tolong #share info penting ni pada kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang lain jugak ye. Siapa tahu tindakan kecil yang kita buat ni dapat menyelamatkan banyak nyawa yang lain.

    Dr Ahmad Luqman Bukhari.

    Mana yang follow FB saya ni tolong set ‘See First’ sekali ye supaya nanti tak terlepas artikel penting macam ni lagi.

    #notaDrALB

SUMBER: Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari

https://www.facebook.com/ahmadluqmanbukhari?epa=SEARCH_BOX

Tags: puding telurpuding telur buihtelur rosak
Previous Post

Lari Sebab PUBG? Ini cerita sebenar!

Next Post

Abaya Yang Dinanti-Nantikan Telah Tiba Dari Arab Saudi!

Next Post
Abaya Yang Dinanti-Nantikan Telah Tiba Dari Arab Saudi!

Abaya Yang Dinanti-Nantikan Telah Tiba Dari Arab Saudi!

Comments 1

  1. Pingback: Abaya Yang Dinanti-Nantikan Telah Tiba Dari Arab Saudi! « Kepochi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker