Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Inspirasi Masakan Ramadan Melalui Pempengaruh Tempatan

by Team Kepochi
March 19, 2024
3 min read
5 0
0
Inspirasi Masakan Ramadan Melalui Pempengaruh Tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Ramadan tidak hanya membawa bersama amalan keagamaan yang mendalam, tetapi juga memperkaya pengalaman masakan kita dengan pelbagai hidangan yang istimewa. Bagi mereka yang mencari inspirasi baru untuk menu berbuka puasa, ada beberapa pempengaruh tempatan yang patut diperhatikan. Mari kita lihat beberapa di antaranya:

1) Khairul Aming

Sesiapa yang aktif di media sosial pasti kenal dengan personaliti yang bersahaja ini. Beliau bukan hanya usahawan berjaya, tetapi juga menjadi pelopor dalam mencipta kandungan video masakan yang mendapat sambutan hangat daripada ramai.

RELATED STORIES

Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

April 26, 2025
Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

April 26, 2025

Setiap video masakannya menjadi sumber inspirasi bagi ramai individu yang ingin mencuba hidangan baru, dan tidak hairanlah jika barang-barang masakan yang diperlukan habis di pasar raya setiap kali beliau berkongsi resepi.

Ikon anak muda ini dinobatkan sebagai TikTok Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2023. 

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Khairul Amin Kamarulzaman memulakan kerjayanya sebagai jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) dan seterusnya beralih ke bidang logistik, kini Khairul Aming memiliki dua buah kilang sambal produknya sendiri. 

2) Che Nom

Dikenali dengan kandungan video masakannya yang terperinci, Che Nom atau Normah Bakar telah mencipta gelombang dalam dunia masakan tempatan. 

Kualiti video dan kandungan masakannya yang tinggi telah diterima dengan baik oleh penonton, menjadikannya sumber inspirasi yang berguna setiap masa terutamanya hidangan sepanjang Ramadan.

Namanya tular di media sosial selepas video masakannya mendapat tontonan ramai sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan negara.

Trademark pembuka kata videonya yang berbunyi ‘hai semua’ menjadi identiti yang cukup diingati para pengikutnya.

Anak jati Kedah ini mula menceburi arena Youtube sejak tahun 2012 telah menamatkan perkhidmatannya sebagai jurutera di sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi tempatan pada pertengahan 2019 selepas berkhidmat selama 13 tahun dan kini merupakan seorang Youtuber sepenuh masa. 

3) Sid Murshid

Sid Murshid atau Murshid Mahmud yang pernah menjadi topik hangat dalam kalangan media sosial pada 2017 apabila dia mencipta lagu mengenai makanan kegemarannya seperti pisang goreng dan nasi lemak.

Penyanyi yang kini lebih dikenali sebagai pempengaruh ini membawa pendekatan unik dan kreatif dalam dunia masakan dengan fokus pada penggunaan bahan asas. 

Beliau gemar mencipta hidangan tanpa menggunakan bahan yang sudah diproses, seperti contohnya membuat roti bakar dengan jem kaya buatan sendiri dan roti yang dibuat daripada bahan asas.

4) Che Sayang Kitchen

Nama Che Sayang Kitchen kini semakin melonjak naik dan berjaya menarik perhatian ramai. Abdul Qayum Halid yang popular dengan slogan ‘2 Minit 1 Resepi bersama Che Sayang’ mula bergiat aktif secara sambilan menerusi media sosial sejak tahun lepas. 

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Sistem Maklumat daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini kini memiliki lebih 1.4 juta pengikut menerusi aplikasi TikTok, 552,000 pengikut Instagram dan lebih 31,000 pelanggan menerusi platform YouTube. 

Baru-baru ini, Abdul Qayyum diumum sebagai Pempengaruh Makanan Nasional Terbaik pada KNKV Viral Award 2024, sekali gus membuktikan minatnya terhadap bidang masakan dan penciptaan kandungan tidak sia-sia. Prestasinya yang membanggakan ini menjadikan Che Sayang Kitchen sebagai sumber inspirasi yang bernilai untuk mencipta hidangan Ramadan yang unik dan lazat.

Dengan pilihan yang pelbagai daripada pempengaruh tempatan ini, tidak ada alasan untuk tidak mencuba sesuatu yang baru dalam menyediakan hidangan berbuka puasa di bulan Ramadan ini. Semoga inspirasi daripada mereka membawa keceriaan dan kelezatan kepada setiap sajian kita sepanjang bulan yang mulia ini. Selamat berbuka puasa!

Previous Post

Kini anda boleh lebih jimat! 10 Aplikasi atas talian yang boleh menggantikan perisian yang mahal

Next Post

Google kini dilengkapi dengan ciri Ai

Next Post
Google kini dilengkapi dengan ciri Ai

Google kini dilengkapi dengan ciri Ai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker