Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Masjid Al Umm Bangi, Masjid Mesra Kanak-Kanak

by Team Kepochi
March 15, 2024
3 min read
12 0
0
Masjid Al Umm Bangi, Masjid Mesra Kanak-Kanak
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kita beribadah sepanjang bulan Ramadan ini, tidak ketinggalan juga buat golongan yang bekeluarga untuk turut serta memgimarahkan masjid bersama seisi keluarga termasuklah anak-anak.

Ini kerana istitusi masjid dan surau seharusnya menjadi tempat yang mesra dan selesa kepada kanak-kanak agar jiwa sentiasa dekat dengan pusat ibadah tersebut.

Namun, dilema bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, semestinya kita akan berasa bimbang sekiranya anak-anak kecil yang turut dibawa bersama akan menganggu para jemaah lain yang turut sama hadir beribadah. 

RELATED STORIES

Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

April 26, 2025
Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

April 26, 2025

Menyedari masalah dan kesukaran ini dihadapi golongan ibu bapa yang hendak menunaikan ibadah solat sunat tarawih, Masjid Al-Umm terletak di Bandar Baru Bangi menyediakan satu inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat kemudahan taman permainan mini yang dibina didalam masjid ini semestinya menjadi tumpuan jemaah cilik ini untuk menggalakkan lagi mereka untuk datang.

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti disediakan buat kanak-kanak yang hadir di situ seperti bermain alatan permainan, pertandingan mewarna dan sebagainya ketika ibu bapa sedang beribadah.

Inisiatif menjadikan masjid ini sebagai ‘masjid mesra kanak-kanak’ sangat disambut baik oleh ibu bapa dan para jemaah yang berkunjung.

Dapat kita lihat melalui teladan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika memimpin solat semasa adanya kehadiran kanak-kanak. Hakikat ini diketahui melalui hadis-hadis yang telah disampaikan bagi rujukan dan panduan kita sebagai umatnya.

Daripada Abu Qatadah al-Ansari r.a. beliau berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulullah SAW, dan dia merupakan anak kepada Abu al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya, dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya.” (HR Bukhari, No. 516)

Dalam hadis yang lain, daripada Abdullah bin Abi Qatadah, ayahnya berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Ketika aku sedang solat, aku ingin memanjangkan solat. Lalu aku mendengar tangisan seorang kanak-kanak hingga menyebabkan aku memendekkan solatku kerana bimbang akan menyusahkan ibu kepada kanak-kanak tersebut.” (HR Bukhari, No. 868)

Jelas sekali, baginda telah meninggalkan isyarat bahawa masjid dengan fungsinya sebagai tempat pembangunan umat Islam juga harus selari mewujudkan persekitaran yang mesra untuk kanak-kanak, para ibu serta komuniti dalam lingkungannya. 

Kanak-kanak ini yang akan tumbuh besar menggantikan orang dewasa di kedudukan yang dipegangnya sekarang. Sedari  awal mereka didekatkan dengan masjid, harapan lebih cerah untuk melihat mereka membesar sebagai orang yang cinta dan taat pada agama, mencintai ilmu, tinggi adab dan mementingkan pembangunan umat.

Sudah menjadi fitrah kanak-kanak yang suka bermain sering terlupa akan nasihat untuk mendisiplinkan diri.

Maka ,orang dewasa juga tidak harus jemu berulang kali menegur dengan hikmah dan cara berada juga dalam saranan kepada anak-anak kecil untuk menjaga adab. 

Perlihatkan akhlak yang cantik dan penuh kasih-sayang di rumah Allah yang semua orang inginkan ketenteraman dan kedamaian apabila melangkah masuk ke dalamnya. Herdikan dan tengkingan bertentangan dengan anjuran agama Islam.

Bertepatan dengan saranan Nabi SAW melalui sabdanya: “Bukanlah daripada kalangan kami sesiapa yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak memuliakan golongan yang tua daripada kalangan kami. (HR Bukhari, Adab al-Mufrad, 358)

Oleh itu, usaha Masjid Al-Umm ini perlu disambut baik dan sebagai ibu bapa sangat digalakkan untuk kita turut bersama-sama bersama keluarga untuk mengimarahkan masjid. Malah, bukan hanya fokus pada kanak-kanak sahaja, masjid ini juga membuka ruang yang selesa untuk menerima kedatangan tetamu dalam semua peringkat usia dan pelbagai keperluan.

Masjid yang mesra kanak-kanak sangat penting kerana kanak-kanak adalah generasi masa depan umat Islam. Keakraban perasaan yang wujud antara kanak-kanak dengan masjid akan meninggalkan pengalaman beragama yang penting buatnya sepanjang hidup sebagai Muslim yang beramal. 

Previous Post

Kenapa Pentingnya Empati Dalam Pembentukan Anak?

Next Post

Bahaya Berbuka dengan Merokok: Ancaman Tersembunyi Selepas Puasa

Next Post
Bahaya Berbuka dengan Merokok: Ancaman Tersembunyi Selepas Puasa

Bahaya Berbuka dengan Merokok: Ancaman Tersembunyi Selepas Puasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker