Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, June 21, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

NASIHAT KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

by Team Kepochi
March 14, 2024
2 min read
5 0
0
NASIHAT KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, pastinya penjualan juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dan premis makanan akan menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat. Bazar Ramadan dan premis makanan seluruh negara akan dipenuhi dengan pengunjung yang ingin membeli pelbagai jenis juadah makanan untuk berbuka puasa.


Selaras dengan keperluan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan- peraturan di bawahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) komited untuk memastikan keselamatan makanan yang dijual sentiasa terjamin dengan menjalankan aktiviti pemantauan sebelum dan sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di sepanjang rantaian makanan meliputi peringkat sumber bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga-peniaga yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah bermula sebelum Ramadan lagi. Ini diteruskan lagi dengan aktiviti pemeriksaan di premis-premis tumpuan seperti hotel-hotel yang menyediakan buffet Ramadan, premis-premis pembekal bahan mentah dan juga premis-premis penyediaan ais. Kerjasama dengan PBT juga dikukuhkan lagi dengan penganjuran taklimat-taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar-bazar ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

June 7, 2025
Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025


Pada bulan Ramadan kali ini, KKM akan meneruskan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negara. Aktiviti operasi ini melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan yang bermatlamat untuk memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pemeriksaan ini juga akan dijalankan dengan kerjasama pihak PBT masing-masing.


Selain itu, kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media elektronik dan media sosial.

KKM menasihatkan orang ramai untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli “Perhati dan Pilih” serta amalkan “Lihat Hidu Rasa” kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan. Para peniaga pula dinasihatkan supaya membersihkan terlebih dahulu bahan mentah sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi terlalu awal daripada waktu untuk dijual.

-KKM

Previous Post

Adakah otak anda berfungsi dengan baik?

Next Post

Kenapa Pentingnya Empati Dalam Pembentukan Anak?

Next Post
Kenapa Pentingnya Empati Dalam Pembentukan Anak?

Kenapa Pentingnya Empati Dalam Pembentukan Anak?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker