Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Sesi persekolahan kembali ke Januari 2026: Kurikulum tak terjejas

by Myra Hamdi
March 10, 2024
2 min read
6 0
0
Sesi persekolahan kembali ke Januari 2026: Kurikulum tak terjejas

KUALA PERLIS, 20 Mac -- Gelagat murid-murid sekolah yang dirakam pada hari pertama sesi persekolahan 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai hari ini. Sesi persekolahan 2023/2024 bermula 19 Mac 2023 bagi negeri Kumpulan A (membabitkan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 20 Mac 2023 bagi negeri Kumpulan B (meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). --fotoBERNAMA(2023) HAKCIPTA TERPELIHARA

Share on FacebookShare on Twitter

Kurikulum sekolah dijangka tidak terjejas susulan langkah Kementerian Pendidikan (KPM) mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari pada 2026.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata kurikulum sedia akan dilaksanakan seperti biasa dengan jumlah persekolahan 190 hari setahun, dikekalkan.

Oleh itu, katanya, ibu bapa dan guru tidak perlu bimbang terhadap dakwaan kononnya pelajar serta proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas berikutan langkah berkenaan.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

“Kementerian beri jaminan kurikulum persekolahan tidak akan terjejas dan akan dilaksanakan seperti biasa. Jumlah hari persekolahan akan kekal, cuma ada perubahan sedikit tempoh cuti penggal yang akan dipendekkan.

“Kita akan ambil kira pandangan dan keselesaan bukan sahaja murid serta pelajar, malah guru-guru dan ibu bapa terhadap langkah mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari, dua tahun lalu,” katanya selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail (SSI), hari ini. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin.

Tahun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) dilaporkan memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding bermula Mac yang dilaksanakan sejak 2022, susulan pandemik COVID-19.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, untuk itu kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Katanya, pertimbangan itu diambil selepas kementerian menerima banyak pandangan, terutama daripada ibu bapa mengenai kepentingan mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari.

Fadhlina juga memaklumkan, KPM perlu mengambil kira pelbagai faktor dan pada masa sama perlu mematuhi ketetapan jumlah hari persekolahan murid tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun.

Sesi 2024/2025 menyaksikan 1.44 juta murid memulakan persekolahan, hari ini di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala negeri lain esok.

Terdapat lima juta pelajar seluruh negara mengikuti aliran persekolahan kerajaan daripada prasekolah sehingga Tingkatan Lima.

-BH

Previous Post

Agong Kurnia Proton X90 dan Pelbagai Kenderaan Sebagai Pengiktirafan Kepada Sumbangan dan Khidmat Cemerlang Para Pegawai.

Next Post

Syaitan Diikat Sepanjang Ramadan, Mitos atau Sahih?

Next Post
Syaitan Diikat Sepanjang Ramadan, Mitos atau Sahih?

Syaitan Diikat Sepanjang Ramadan, Mitos atau Sahih?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker