Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

AMIR SISI TAMPIL DENGAN ‘AYAH IBU’

by Myra Hamdi
February 27, 2024
3 min read
5 0
0
AMIR SISI TAMPIL DENGAN ‘AYAH IBU’
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengenali nama Amir Sisi. Juara Program Realiti The Chosen One, Amir Sisi berkongsi rasa menerusi lagu pertamanya, Ayah Ibu.

Kanak-kanak yang berusia 13 tahun yang berasal dari kawasan pedalaman Gerik, Perak mula menempa nama menerusi sebuah program realiti untuk kanak-kanak. 

Menerusi program tersebut, ia benar-benar menyerlahkan dan mengetengahkan lagi bakat Amir. 

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

April 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

Dalam program itu, Amir telah digandingkan bersama jurulatih yang juga merupakan seorang penyanyi dari kumpulan MADAM iaitu Putera Muhammad.

Keserasian gandingan mereka terbukti apabila hampir setiap minggu Amir berjaya memukau hati juri dengan nyanyiannya yang merdu dan unik. 

Sosok kecil yang berbakat besar ini juga mempunyai auranya yang tersendiri dan sering memberi kelainan dalam setiap persembahannya. 

Kali ini, diberi peluang untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Ikhwan Fatanna untuk single sulung beliau yang bertajuk, Ayah Ibu. 

Lagu ini mengisahkan tentang pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan anak-anak. 

Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini juga sangat dekat dengan kehidupan Amir dari pedalaman.  

Single yang pertama ini juga merupakan hadiah daripada  Rocketfuel Entertainment untuk Amir di atas kemenangan beliau dalam program realiti tersebut. 

Proses rakaman lagu ini juga agak mencabar memandangkan Amir masih lagi bersekolah dan tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh dari Kuala Lumpur.

Menurut Prem Anand, Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, “Kami telah menyedari potensi Amir semenjak kemunculan pertama Amir dalam sebuah program realiti, dan pihak kami terus mengikuti perkembangannya sehingga tamat program. 

“Apabila Amir dinobatkan sebagai Juara, kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk terus membantu mengembangkan bakatnya. 

“Amir juga merupakan salah seorang artis rakaman di bawah naungan syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment,” katanya.

Bagi Amir pula, dia merasa sangat gembira dan teruja dengan lagu itu yang merupakan single pertamanya.

“Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada Amir khasnya kepada ibu bapa, cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang ada bersama sejak dari mula sehingga ke hari ini. 

“Terima kasih juga kepada pihak Rocketfuel Entertainment kerana percaya dengan Amir dan memberikan peluang untuk menghasilkan lagu ini. 

“Perasaan ini sangat sukar digambarkan dengan kata kata jadi Amir berharap agar lagu ini dapat memberi kesan yang baik kepada semua dan mesej yang disampaikan dapat diterima ramai,” katanya. 

Teruskan memberi sokongan yang padu dan Amir berjanji akan sentiasa membanggakan ibu dan ayah Amir”.

Lagu ‘AYAH IBU’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Previous Post

Faisal Halim dinobatkan Goal Of The Tournament dalam Piala Asia 2023

Next Post

Youtube Kids di Televisyen bakal ditamatkan

Next Post
Youtube Kids di Televisyen bakal ditamatkan

Youtube Kids di Televisyen bakal ditamatkan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker