Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong

by Team Kepochi
January 30, 2024
2 min read
5 0
0
Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata orang ramai boleh menyertai acara itu yang diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn.

Beliau berkata orang ramai boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukit Aman, Padang Merbok dan tempat letak kenderaan di Dataran Merdeka.

RELATED STORIES

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

April 26, 2025
10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

April 26, 2025

“Laluan Jalan Parlimen ke Bulatan Dato Onn akan ditutup sepenuhnya seawal 6 pagi untuk pergerakan masuk pasukan pelambai sebanyak 3,650 orang yang terdiri daripada petugas pelbagai kementerian.

“Orang awam yang ingin bersama-sama ke acara berkenaan perlu mematuhi arahan kawalan lalu lintas oleh pihak polis dan tidak menghalang laluan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Allaudeen berkata tujuh laluan di sekitar ibu negara akan terlibat dengan penutupan penuh, manakala 13 laluan akan ditutup secara berperingkat pagi ini.

Sementara itu, Allaudeen berkata lima laluan di sekitar ibu negara akan ditutup sementara pada Rabu ini bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, yang akan diadakan di Istana Negara.

Beliau berkata laluan berkenaan membabitkan Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Damansara dan Jalan Travers.

“Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang juga akan melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Sultan Abdul Halim. Laluan ini akan ditutup sementara dan dibuka semula secara berperingkat bermula 9.30 pagi,” katanya.

Allaudeen berkata sebanyak 1,463 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang istiadat berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan dan lalu lintas terkawal.

Beliau berkata pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan-jalan yang terbabit dengan penutupan penuh bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menggantikan Al-Sultan Abdullah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan hari ini.

Previous Post

TUNKU MAHKOTA JOHOR DILANTIK PEMANGKU SULTAN

Next Post

Ibu mengaku bersalah bersubahat dengan suami rogol anak

Next Post
Ibu mengaku bersalah bersubahat dengan suami rogol anak

Ibu mengaku bersalah bersubahat dengan suami rogol anak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker