Platform perkhidmatan penstriman Netflix mengumumkan akan mula menstrim kandungan WWE secara eksklusif bermula 2026.
Dalam pada itu, Netflix juga turut mengumumkan jumlah pelanggan sehingga penghujung Q4 2023 sebanyak 260.3 juta pelanggan berbayar yang melangkaui sasaran asal 256 juta.
Sejak memperkenalkan pelan asas dengan sokongan iklan, jumlah pelanggan semakin meningkat menongkah arus ramalan mengatakan ia akan memberikan kesan negatif selepas Netflix mengharamkan perkongsian kata laluan tahun lalu.
Turut diumumkan juga Netflix akan menamatkan pelan Basic paling murah tanpa iklan di beberapa pasaran yang pada ketika ini menawarkan pelan dengan sokongan iklan.
Pada peringkat awal, ia akan dilakukan di Kanada terlebih dahulu sebelum turut akan ke Amerika Syarikat dan UK pada Q2 2024.
Oleh kerana pelan dengan sokongan iklan tidak ditawarkan di Malaysia, pelanggan pelan Basic tempatan tidak perlu risau dengan perkembangan ini.
Perang penstriman pada ketika ini telah dimenangi oleh Netflix yang masih mempunyai jumlah pelanggan tertinggi.
Disney+ masih belum mencatatkan keuntungan sebaliknya mendatangkan kerugian kepada syarikat induk disebabkan kandungan kurang menarik dan juga ramai pengguna yang memilih untuk memboikot platform tersebut setelah Disney mengumumkan memberikan sumbangan USD 2 Juta kepada Israel.
HBO dan Discovery Plus turut digabungkan selepas menyebabkan kerugian kepada Warner Brothers Discovery (WBD).
Bagi menjadi pendapatan, kandungan WBD kini ditawarkan ke Netflix sejak penghujung tahun lalu.